Tuesday, January 25, 2011

Pemotong khusus mudah laras elak jari bayi terluka


KUKU jemari tangan dan kaki bayi, kecil dan lembut. Jika tersalah potong atau terpotong banyak daripada biasa, ia boleh meninggalkan luka. Biar pun luka itu mungkin kecil, kalau sudah namanya bayi, pasti timbul rasa kasihan melihatnya menahan sakit.

Ada ibu yang mengambil inisiatif memotong atau merapi jemari kecil pada waktu anak sedang enak diulit mimpi. Tidak kurang juga yang membiarkan kuku lembut itu memanjang dan ‘terpotong’ sendiri apabila lama dibiarkan dalam sarung tangan dan kaki.
Tetapi usah lupa, kuku yang semakin panjang itu kadangkala boleh melukakan kulit lembutnya jika ia terkena mukanya apabila dimandikan.
Kesukaran ini mungkin kerana pemotong kuku yang digunakan tidak sesuai dengan bayi. Merapikan kuku si kecil anda, Bumble Bee tampil dengan pemotong kuku khusus untuk jemari kecilnya.

Bezanya dengan pemotong kuku dewasa, ia dicipta khas sesuai dengan kuku kecil si comel. Tahap pemotongannya tidak terlalu dalam atau besar hingga menyebabkan jemari bayi luka dan berdarah. Bentuknya mudah laras menjadikan anda tidak sukar memotong kuku jari tangan atau kakinya.

Selain memotong, ia turut hadir bersama pengasah supaya jemari kecil anak anda, cantik dan bersih. Terdapat dalam dua warna popular, biru dan merah jambu.

4 comments:

  1. sy dh cuba buat tab menu..
    tp,xjd...
    xreti lorh...
    mse mula2 bt,die kua home..
    lps 2,sy nk buat la folder lain...
    erm,mmg kua..
    tp,ble sy klik..kua page tab 2 jer...
    isinya xde...

    ReplyDelete
  2. OK...so,we are the blogger...
    please support me also...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...