Tuesday, February 8, 2011

Petua Buang Tahi Lalat

ada yang beranggapan tahi lalat yang tumbuh di sesetengah anggota badan terutamanya wajah sebagai pemanis, namun ada juga menganggap sebaliknya apa tah lagi jika saiznya hidup dan membesar.. jadi bagaimana untuk membuangnya tanpa kos mahal dan boleh dilakukan di rumah saja? di sini w7 bagi petuanya.. usah bimbang, w7 dah test buat memang mujarab.. tapi ini rahsia kita2 je ye.. kang marah pulak pusat2 kecantikan kat luar tu..

bahan diperlukan mudah saja. ambil secubit kapur sirih (pakai sudu ye) dan secubit sabun debu (sabun basuh pakaian). campur keduanya dan tambah beberapa titis air, kacau sebati. kemudian sapu pada tahi lalat yang ingin dihapuskan dengan cotton buds atau pencungkil gigi.. bagi tahi lalat bersaiz besar dan timbul tu, sebaiknya gores sikit je biar calar agar ramuan tadi mudah menyerap masuk.. memang pedih sikit la.. biar kering dan ulang2 lagi beberapa kali.. buat malam2 sebelum tidur (siang2 kan nak pergi kuliah atau kerja pula).. pagi esoknya baru cuci..



kalau saiznya hanya sekecil hujung dakwat pen, memang gerenti malam tu juga ia akan terangkat dan tercabut keluar.. tapi kalau besar, dalam beberapa hari juga la.. apa yang penting? buat jangan tak buat.. kalau dah nampak ia menggelupas nak tercabut tu, usah memandai2 nak tolong buang.. biar ia jatuh sendiri.. kang tertinggal parut salahkan w7 pulak.. yang pasti kalau buat betul2 memang puas hati la..

faham tak ni.. sekian untuk hari ni..

1 comment:

  1. macam copy and paste jer nih??? :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...