Sunday, March 20, 2011

Lelaki vs Perempuan : Lunch time

Hye2.. Sejak beberapa hari ini agak Bz ckit sampai tak ada masa nak 'Update Blog'. Tapi akhirnya dapat juga mengUpdate Blog di tengah malam yang gelap. Kali ini Post aku pasal perbezaan bukan cite lawak seperti biasa.

Sepanjang kehidupan harian korang, penah tak korang tahu gelagat mengelabah Lelaki dan perempuan semasa Lunch Time.?? Pasti korang tak perasan yang korang tahu buat hal sendiri saje.. Jadi di cni lah biar aku bagi tahu perbezaannya. Meh Layan... ^-^

Lunch Time Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. G surau


Lunch Time Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang, cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii..
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak..
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan "alaamak byk la aku ambik"
30. Sampai depan kaunter "berapa?"
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
35. Tutup dompet. Ambik nasi
36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
38. Cari tempat duduk lain
39. Jumpa.Duduk..
40. Alamak.Air tak order lagi
41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
42. Order air
43. Bangun
44. Ambik sudu
45. Duduk
46. Bangun
47. Ambik Tisu
48. Duduk
49. Air sampai
50. Belek dompet (Step tadi)
51. Bayar
52. Tutup
53. Minum air
54. Start makan
55. Tengok-tengok orang sambil makan
56. Makan separuh..kenyang
57. Sebab dah minum air
58. Letak sudu, letak garpu
59. Pinggan tolak tepi
60. Borak2 kater makanan tak sedap
61. Ngumpat2..tgk orang
62. Pukul 2, naik opis..
63. Ambik beg makeup, g surau!!!!!


No wonder women are more complex than men emotionally...
Hehehe... n_n
»» Readmore

Pengakuan Lina

Sungguh memalukan!!

Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!, Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

Menyesal? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak! herdik bapak Liana.

Sudahlah bang, mak Liana menyampok, Kita bincangkan sekeluarga.

Nak bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh....... balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? ... dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad apa terjadi.... jadilah..... 

Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. 

Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya... jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.:galit:

Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!, dia memekik keriangan.:scream:

Finally dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height... sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... 

Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang...

p/s:apeda..burung rupenye.kah2
»» Readmore

Lawak Sam & Dol

Cerita Lawak : SAM & DOL

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu tendang aku. Nasib baik aku tak mati!

==============================

SAM: Apasal ko marah kat toke kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit!

==============================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau ia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas, aku jumpa ia mati dalam air!

==============================

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer!....

==============================

SAM: Apasal kopi yang kau bancuh ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!..

==============================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

==============================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat negara ni ada AIDS. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada AIDS,
kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

==============================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

==============================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"
:scream::scream:
»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...