Friday, March 25, 2011

SIM Card Yang Banyak Kredit

Di laman sebuah rumah, ada dua beranak sedang melepak di bangku panjang.Ikuti Perbualan 2 anak beranak ini....
Abah : Man, belikan abah kad topup. Habis kredit pulak.
Man : Eh, kan semalam abah baru topup. Takkan sekejap saja dah habis.

Abah : Semalam abah topup 5 ringgit je.
Man : Ngapa abah tak beli yang mahal terus? Tak payahlah topup banyak kali.

Abah : Kali ni Man beli yang mahal pulak, biar banyak kredit.
Man : Tapi pekan jauhlah abah. Nak pergi tengah-tengah hari ni panas sangat.
(Man cuba mengelat sambil meneduhkan air muka)

Abah : Bolehlah, abah ada hal penting nak call ni.
Man : Ok, abah jangan bimbang. Man akan dapatkan kredit paling banyak.
(Man pun bangun lalu segera naik ke rumah. Lima minit kemudian dia berlari turun.)

Man : Ok, abah pakai kad SIM ni.
(Sambil termengah-mengah Man memberikan abahnya satu kad SIM lain)
Abah : Kad SIM apa ni man? Expax ke?

Man : Bukan. Expek kredit sikit. Yang ni ada kredit banyak. RM6500.
Abah : Mak ai, biar betul. Mana ada orang topup sampai banyak tu. Jangan nak tipu abah.

Man : Betul abah, kad SIM ni tak payah topup. Memang dah ada kredit dalamnya.
Abah : Iye-ye je engkau. Mana kau dapat ni?

Man : Dalam dompet abahlah.
Abah : Jangan nak kelentong. Abah tak pernah beli kad SIM lain. Cakap betul-betul, kamu curi ye?

Man : Taklah abah, sungguh. Tadi SIM kad ni besar. Man potonglah sampai kecik, nanti senang nak masuk dalam handphone.
Abah : Hah?.........
(si abah pun membelek-belek kad SIM itu sambil mengerutkan dahi, hairan amat sangat.)

Abah : Aik, rasa macam aku kenal pulak, cip dia pun macam familiar saja, tapi kat mana ye?
Man : Memanglah abah kenal. Kan abah punya kad SIM tu. Dulu abah juga bagi tau dalam kad tu ada kredit RM6500.

Abah : RM6500? Ya Allah! Kad kredit aku.......(jerit si abah lalu tergolek pengsan)
»» Readmore

Cara-Cara Nak Ajar Mat Saleh Cakap Malayu

Cara yang sesuai untuk ajar orang Inggeris belajar bahasa malayu/malaysia...

Selamat Membaca ;
1. BELACAN = BELL - ARCH - UN
 
2. TEMPE = TEMP - AIR
 
3. CENCALUK = CHANGE - CHARGE- LOOK
 
4. JERING = JAR - INK
 
5. PULUT PANGGANG = PULL -OUT PUNK - GANG
 
6. AYAM PERCIK = ARE - ARM - PERT - CHECK
 
7. KUIH KODOK = COW - EIGHT COW - DOG
 
8. SIPUT SEDUT = SHIP - OUT SAD - OUT
 
9. PULUT KUNING = PULL - OUT CORN - INK
 
10. KUIH KARIPAP = COW - EIGHT CARRY - PUB
 
11. LEMPENG PISANG = LAMP - PINK PEACE - LUNG
 
12. PEKASAM = PEAK - A - SOME
 
13. GULAI KAMBING = GOALLY - COME - IN
 
14. SIRAP = SAY - RUBB
 
15. GULAI LEMAK = GOAL - LIE LAMP - MARK
 
16. CILI PADI = CHILD - LY - PADDY

Bukan susah sangat hendak ajar mereka paham bahasa kita.... (^^)

»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...