Sunday, May 15, 2011

Ucapan Hari Guru Dariku...


Salam, beberapa hari lagi untuk sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2011 ini, kali ini Negeri Sarawak akan menjadi tuan rumah, cikgu-cikgu mesti tak sabar nak tuggu hari tersebut kan, yang pastinya sambutan hari guru adalah hari yang paling dinanti dan disukai oleh Guru mahupun pelajar. Tahun ini Tema hari guru 2011 adalah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Psstt!! Mesti laku Kad Ucapan Hari Guru nie, hehehe..

So agaknya apa hadiah hari guru yang bakal menjadi sambutan yea?, zaman sekolah-sekolah dulu memang Kad Ucapan Hari Guru tak pernah tinggal, siap buat sendiri lagi tu, bangga sangat dapat buatkan Cikgu Kad Hari Guru, dan semestinya akan memberikan bunga ros merah, yang di beli pada hari sambutan hari guru tersebut.

hiks, dah 16 tahun meninggalkan zaman persekolahan tapi kenangan tu tetap indah, mengingatkan barisan guru-guru yang banyak berjasa, guru disiplin yang garang tapi baik hati, gelagat rakan-rakan semasa disekolah..arggghh!! ku rindu masa-masa dahulu.

Pengorbanan seorang guru amat besar nilainya, teruskan mendidik anak bangsa, jangan pernah jemu, kuatkan hati dan tabahkan hati dalam mendidik anak di arus moden ini, sudah tentu pelbagai ragam warna warni yang lebih mencabar dihadapi, moga guru-guru semua terus sukses membimbing anak bangsa.

Moga Tema Hari Guru tahun 2011 ini dapat dicapai selaras dengan perkembangan transformasi semasa iaitu ”Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”


Lagu Hari Guru

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad
Melihatkan dan menghayati bait lirik lagu diatas, pastinya ramai guru dan bekas guru-guru akan menitikkan air mata.

**Selamat menyambut hari guru juga buat rakan-rakan blogger yang bergelar guru**


»» Readmore

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

 
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

 
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

 
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

 
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

 
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

 
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

 
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
»» Readmore

utk renungan bersame......


Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul) 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak 
Bila bangun tidur, aku cari....mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak 
Bila nak bermanja, aku dekati....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak 
Bila nakal, yang memarahi aku....mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak 
Bila takut, yang tenangkan aku....mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak 
Aku selalu teringatkan ....mak 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku...mak 
Yang selalu puji aku....mak 
Yang selalu nasihat aku....mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak 
Aku ada pasangan hidup sendiri.... 

Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari....mak 

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak 

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat....emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak 

Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 
Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ 

Tapi kalau mak sudah tiada.......... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... 

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...