Thursday, July 21, 2011

Bihun sup cap si tangan kayu...

Assalammualaikum...

Entry kali ni just nak share camna aku buat sambal kicap. Ahaaa macam la aku pandai sangat masak kan. Hehe. Ala ni cara mak aku. Lain orang lain caranya kan. Kebetulan semalam extra rajin so aku masak mihun sup. Paling aku suka mihun sup ni bila makan dengan sambal kicap yg pedas tu. Oh nikmat nya !


Ok mula-mula goreng bawang merah ye. Agak-agak je la banyak mana nak guna.


Tu bila dah siap goreng. Kalau tak tahan pedas letak sikit je la cili tu.


Lepas tu tumbuk la sekali dengan cili padi. Since aku ni memang kuat pedas so banyak la aku letak. Jangan lupa letak garam secubit rasa ok.


Tadaaaaa !! Dah siap pun. Senang je kan ? Tapi kurang pedas la. Tak kaw !! Ngeee ;) ada orang suka perah limau. Tapi aku tak suka. Hehe


Ni lah mihun sup buatan aku sendiri ;))
»» Readmore

Puisi Suami Isteri...


Isteriku
jika engkau bumi
akulah matahari
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.
Lalu... ...
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet lain...


*** Balasan Puisi si isteri*** 



Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku
perlukan cahayamu
dan... .
akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu...


AKAN TETAPIIIIIIII. . 
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!

**********************************************************
»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...