Wednesday, July 25, 2012

NOVEL : KERANA FACEBOOK....


Hanya celoteh daripada DJ radio sahaja yang kedengaran di dalam kereta Kancil tersebut manakala pemandu berserta penumpangnya hanya senyap tanpa berbicara apa-apa. Farah yang berasa janggal dengan keadaan yang senyap itu cuba untuk memecahkan kesunyian tersebut. Otaknya ligat berfikir mencari idea untuk di bualkan dengan Arif yg sedang fokus memandang ke arah jalan raya. ‘Macam dia pulak yang bawa kereta..fokus bukan main lagi’, bisik Farah di dalam hati.

“Er…kita nak pergi mana ni?”soal Farah takut-takut. Bukan takut tapi lebih kepada malu sebenarnya. Dup dap dup dap jantung Farah ketika itu. Alahai.

Arif yang mendengar segera memberi reaksi pada pertanyaan Farah dengan memusing badannya ke belakang. “Kalau kita pergi makan dulu boleh tak? Lapar la, tak makan lagi ni, Akmal pun tak makan lagi, kan Mal?ujar Arif sambil menepuk bahu Akmal sedikit. Akmal yang sedang memandu sekadar mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Arif sebentar tadi.

“Kalau macam tu kita pergi makan la. Kita dua pun belum makan lagi la, tak sempat nak makan tadi, hari ni kelas full daripada pagi sampai petang. Makan biskut je tadi, kurus la kalau hari-hari macam ni”,luah Farah jujur.

Kata-katanya disambut dengan gelak ketawa Arif dan Haliza. “Bagus ape macam tu Farah, kau boleh kurus tak payah nak beriya diet, duit pun jimat kan,” usik Haliza kepada rakannya yang kelihatan pelik apabila mereka mentertawakan dirinya sebentar tadi.

“Ceh, kuang asam la kau, syhhh!!”ujarnya sambil membuat isyarat tangan tanda senyap. Farah memandang ke hadapan kembali dan dihadiahkan sebuah senyuman kepada Arif menutup malu kerana Arif daripada tadi asyik memandang ke arahnya yang sedang berbalah dengan Haliza. ‘Malu pulak mamat ni dok pandang dari tadi’

Seketika kemudian kereta yang dipandu tiba ke destinasi pilihan atau lebih tepat lagi di kedai makan pilihan Arif dan Akmal. Farah dan Haliza sekadar menurut sahaja rentak mereka berdua. Menumpang kereta orang tak kan nak banyak cakap pulak kan. ‘Orang bawa pergi kedai makan bukannya bawak pergi tempat tak elok yang kau nak kecoh-kecoh Farah oii’.

Setelah memesan makanan dan minuman pilihan, mereka berempat berbual-bual sementara menunggu pesanan mereka tiba. Pelbagai topik dibualkan, daripada hal assignment, kelas, lecturer dan sebagainya. Percakapan mereka tiada lagi tanda-tanda kekok atau malu-malu sebaliknya seperti orang yang sudah lama kenal. Kecoh bukan main lagi mereka berbual dan ianya terhenti apabila makanan sampai. Masing-masing hanya fokus pada makanan dan sesekali kedengaran suara mereka memuji masakan yang dimakan mereka.

Selesai makan dan membayar harga makanan mereka beredar ke kereta dan mula menuju ke tempat lain. Destinasi pilihan pada malam minggu ni mesti la di Teluk Cempedak. Tempat yang tidak pernah lekang dengan pengunjung tambahan lagi pada malam minggu macam ni lagi lah padatnya orang. Meriah suasana dengan pelbagai karenah pengunjung.

Farah dan Haliza tersenyum memerhati gelagat manusia di pantai tersebut. Macam-macam ragam orang pun ada, tergelak-gelak mereka memerhati gelagat pengunjung yang bermain ‘control car’ di atas pasir. ‘Atas pasir lekat la tayar tu oii’omel Haliza.

“Eh, kau orang dua tidur mana malam ni? Nak balik hostel memang tak lepas dah ni?” soal Akmal tiba-tiba ketika Farah dan Haliza sedang kusyuk memerhati pemain ‘control car’ tersebut.

Farah tersenyum sebentar sebelum menjawab pertanyaan Akmal. “Kita dua tumpang tidur rumah kawan sekelas dekat Semambu tu malam ni. Kita dah cakap kat dia kita dua nak tumpang malam ni lagipun esok nak bincang pasal presentation. Haliza mengangguk tanda mengiya kan kata-kata Farah sebentar tadi.

Arif kelihatan mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham dengan penjelasan Farah. “Saya nak hantar balik pukul berapa ni?”soalnya kemudian.

“Erm….lepas ni balik la..tumpang rumah orang tak kan nak balik lambat-lambat, orang bagi tumpang pun dah nasib baik dah tu”, ujar Haliza kembali. Farah tersenyum memandang Haliza.

“Tahu pun, buatnya kawan awak tu tak jadi bagi tumpang mula la awak meroyan”, usik Akmal kepada Haliza. Farah tersenyum memandang Akmal dan Haliza, daripada tadi asyik nak bertekak je budak berdua ni..huhuhu..

Setelah puas berada di situ mereka mengambil keputusan untuk pulang ke rumah masing-masing, lagipun kawan sekelas Farah dan Haliza asyik bertanya bila mereka akan sampai ke rumahnya. Daripada sibuk membalas mesej lebih baik mereka segera tiba ke rumahnya, habis cerita jimat kredit.

Selepas selamat menghantar Farah dan Haliza ke rumah kawan mereka, Arif dan Akmal bertolak pulang ke rumah sewa mereka. Mata pun dah mengantuk ni, nampak bantal dengan tilam je ni, sungut Akmal kepada Arif yang senyap di sebelahnya.

“Dah kau ni kenapa Rif? Tiba-tiba senyap je ni?soal Akmal pelik dengan sikap Arif tiba-tiba. Dikerling ke arah Arif sebentar.

“Tak ada apa-apa lah. Aku mengantuk je ni..hehehe…”,Arif cuba memberi alasan. Sedangkan hakikatnya dia senyap kerana terasa belum puas keluar bersama Farah dan Haliza. ‘Terasa sunyi pulak bila diorang dua dah tak ada’

Akmal meneruskan pemanduannya dengan cermat, karang tak pasal pulak accident malam-malam ni. Jarak rumah mereka dengan rumah kawan Farah tidak la sejauh mana tambahan pula malam-malam ni jalan lenggang cuma mata yang mengantuk membuatkan perjalanan terasa lama.
»» Readmore

CERPEN : SEDETIK BERSAMA,SEABAD KU RASA

Setelah tiga tahun bertungkus-lumus dan bergelut di dunia menara gading. Kini aku telah berjaya mengharunginya, syukur kehadrat Illahi tanpaNYA, aku tidak mungkin akan berjaya hingga ke tahap ini.
Setelah tamat zamanku di universiti, kini aku mula mencari kerja. Namun aku tetap menjadi penganggur terhormat. Abah dan mama menyuruh aku mencari kerja yang dekat dengan area Alor Setar. Aku menurut sahaja, namun aku sedar di Kedah peluang pekerjaan sangat kurang. Kelulusan yang ada tidak menjamin pekerjaan, kerana orang melihat penampilan dan pembawakan diri kita semasa sesi temuduga.
Setelah hampir lima bulan menjadi penganggur terhormat aku bercadang untuk menjejakkan kaki ke Kota Metropolitan. Di sana orang kata banyak peluang pekerjaan. Aku ingin mencuba, mungkin rezekiku di sana.
“Mama boleh la kak ngah pi KL.. Mama tolong la pujuk abah sat..Tolong la mama… Mama kan baik..” sambil memasak di dapur aku menyuarakan keinginanku kepada mama dan memujuk mama supaya bercakap dengan abah tentang hasratku.
“Kak ngah nak pi sana nak buat apa?? Sini pun berlambak ja kerja kosong,” balas mama.
“Ye la mama.. memang banyak pun tapi masalahnya semua nak pengalaman kerja.. Kalau ada pun semua nak yang berkelulusan SPM ja… Bila tengok ja resume kak ngah semua takut nak amik kerja. Takut la tu kak ngah minta gaji tinggi. Pening kak ngah pikiq, lagi pun boring la mama dok umah ja tak buat apa-apa.. Kak ngah nak cuba berdikari tanpa bergantung dengan mama dan abah.”
“Ish… kak ngah ni… Bukan mama dengan abah tak bagi ang pi sana kami takut ja.. Siapa nak jaga ang kat sana nanti? Macam-macam kami dok dengaq itu la, ini la.. Tu yang kami takut nak lepas ang pi sana.”
“Ala.. mama boleh la.. kak ngah kan dah besaq mama dengan abah jangan risau. Pandai la kak ngah jaga diri kak ngah kat sana nanti.”
“Apa la hampa dua beranak ni dok bising.. Dah siap masak belum?” suara abah dari ruang tamu mematikan perbincangan aku dan mama.
“Mama.. boleh la.. Mama bincang dengan abah no?” dengan muka sepuluh sen aku meminta simpati mama supaya berbincang dengan mama.
“Tengok la, nanti mama bincangkan dengan abah hang tu..”
Setelah selesai memasak, kami sekeluarga makan bersama-sama. Itulah rutin harian aku dan mama, kami akan masak bersama-sama dan menghidangnya kepada ahli keluarga yang lain. Aku tinggal bersama abah, mama dan dua adik lelakiku. Kakakku dan adikku yang ketiga masih belajar dan tinggal di asrama.
***********************************
Pada malam itu, aku berkurung sahaja di dalam bilik, malas nak makan. Konon-kononnya nak buat mogok lapar. Abah hairan dengan keadaan itu, sebab dah lama aku tidak buat perangai tiba-tiba hari ini buat perangai, lalu bertanya kepada mama.
“Mama… Awat dengan anak kita yang sorang tu? Tiba-tiba tak mau makan. Kalau time-time macam ni dia la yang dok sibuk tolong awak masak untuk makan malam.”
“Ala.. anak awak tu buat mogok lapaq la tu.. Nak tunjuk perasaan konon..”
“Laa.. tunjuk perasaan pasai pa pulak? Bukan tengah hari tadi dok elok ja ka?”
“Ya la.. dia ada bincang dengan saya tengah hari tadi.. Katanya dia nak ke KL, nak cari kerja kat sana. Dia suruh saya pujuk awak supaya bagi dia pi sana.”
“La.. pasai tu ja ka? Ingat pasai pa la tadi.. habaq kat dia tak payah pi KL tu, kat sini pun kerja berlambak.”
“Awak cakap senang la abahnya.. Awak bukan tak tau kak ngah tu ketegaq. Dia kata tu, tu la dia nak.” Abah cuma mendiamkan diri.
Aku anak yang memang patuh pada orang tua, tapi bila aku inginkan sesuatu, mestilah dipenuhi kalau tidak siaplah. Ada sahaja yang akan aku lakukan supaya keinginanku tercapai. Aku boleh dikatakan anak yang degil jugak. Tapi taklah sampai ketahap melawan orang tuaku sendiri. Aku menggunakan pendekatan lain untuk membolehkan keinginanku tercapai. Salah satunya mogok lapar. Nak, tak nak terpaksalah mereka menunaikan keinginanku.
Setelah dua hari mogok tidak makan. Abah memanggilku untuk berbincang.
“Kak ngah… hang nak pi KL tu sangat buat apa?”
“Abah… kak ngah nak pi sana, nak cari kerja la.”
“Ok lah.. mama dengan abah dah bincang, hang boleh pi sana tapi dengan satu syarat.”
“Syarat?? Syarat apa abah?”
“Abah nak hang bertunang dengan Fikri.”
“Hah!!! Fikri?? Tak mau la abah.. Kak ngah kan muda lagi baru 22 tahun kot.. Tak kan dah nak bertunang dah.”
“Ikut hang la.. Kalau hang tak mau pi KL tak payah la bertunang dengan budak Fikri tu.”
Aku terdiam, setelah perbincangan tamat aku terus masuk ke dalam bilik.
Fikri memang telah lama menaruh perasaan terhadapku sejak aku dia Tingkatan 5 lagi. Dia anak angkat kepada mak cik aku. Tapi aku tidak suka dengan sikap dia yang suka memaksa. Dia selalu mendesak aku supaya menerima dia, sebagai teman hidupku. Namun, aku selalu menolaknya, lalu dia terus menghantar rombongan meminang ke rumahku, setelah aku tamat belajar di universiti. Nasib baik abah tidak memberi kata putus, tidak masak aku.
***********************************
Empat tahun lepas, aku berkenalan dengan seorang jejaka yang agak rendang dan berkulit cerah di kolej matrikulasi. Kami berkenalan secara tidak sengaja. Aku dan dia bertemu di dalam satu program yang dianjurkan oleh unit Bahasa Inggeris. Dia menjadi refry dan aku pulak menjadi time keeper, tapi untuk kumpulan yang berbeza dalam pertandingan scrabble. Aku tertarik kedapanya dengan gaya dan penampilannya yang selalu merendah diri.
Sebelum ini kami langsung tidak pernah bertembung, walaupun berada di dalam satu kawasan yang sama. Aku cuba mengambil kesempatan untuk berborak-borak dengan dia, namun aku tidak mendapat peluang itu kerana ada saja rakan-rakannya yang datang untuk berborak dengannya, walaupun dia agak pendiam tapi dia tetap melayan rakan-rakannya itu dengan baik.
Akhirnya, kami diperkenalkan oleh kawannya yang berkawan dengan kawanku. Aku rasa sangat gembira waktu itu, tapi dalam masa yang sama aku takut dia sudah berpunya.
“Hai Lynn.. Ni kawan aku nama dia Ilham. Ilham ni Lynn, dia kawan si Nadia ni.” Rizal memperkenalkan si dia kepadaku.
“Hai.. nama saya Nur Azlynn. Salam perkenalan.” Kataku kepadanya.
“Hai.. nama saya Muhammad Ilham. Salam perkenalan.” Balasnya.
Kami bertukar-tukar nombor telefon setelah hampir sejam berborak-borak di bawah foyer A, kami ditemani oleh Nadia dan Rizal sepanjang hampir sejam itu.
***********************************
Aku dan Ilham masing-masing cuba mengenali hati budi sesama sendiri. Ilham adalah anak kelahiran Kuantan dan mempunyai kembar bernama Muhammad Ilman, mereka kembara seiras. Hampir sukar untuk membezakan mereka jika sekali pandang, untuk sesiapa yang mengenali mereka mudah saja untuk membezakannya. Ilham seorang yang pendiam dan jarang tersenyum, jika dibandingkan dengan Ilman dia seorang yang suka bercakap dan selalu tersenyum.
Dalam masa setahun di matrik kami banyak menghabiskan masa bersama-sama. Kami belajar bersama, makan bersama dan kadang-kala kami keluar outing bersama. Ilham seorang lelaki yang sangat baik. Dia banyak membantuku dalam pelajaran, dia juga sering menasihatiku dalam pelbagai aspek. Baik pelajaran, dunia dan juga akhirat. Dia membuatkan aku makin tertarik dengan cara melayannya kedapaku. Namun aku sedar, dia dan aku tidak mempunyai apa-apa hubungan yang istimewa hanya sekadar teman tapi mesra.
Pada satu hari, sedang aku dan dia mengulang kaji bersama-sama seperti kebiasaannya, dia menanyakan aku soalan yang sukar untuk aku tafsirkan.
“Lynn tak lama lagi kita akan habis belajar di matrik ni kan? Betul tak???”
“Aaa.. Kalau tak silap Lynn lagi 2 bulan. Nape Ilham?” aku masih lagi tekun menghadap dan menyelesaikan latihan yang diberikan oleh pensyarah kepadaku.
“Lynn.. Awak ada teman istimewa tak sekarang ni?” aku terkedu seketika dengan soalan yang diajukan kepadaku. Aku terdiam agak lama. Memikirkan soalan yang diajukan oleh Ilham.
“Kenapa Ilham tiba-tiba tanya soalan macam tu kat Lynn?” aku membalas sambil terus menyelesaikan latihanku.
“Tak da pape… Saje je Ilham nak tanya… Tak boleh ke?” Ilham membalas dengan slumbernya.
“Bukan tak boleh.. Cuma Lynn pelik, tiba-tiba je Ilham tanya soalan tu. Kenapa?”
“Tak da pape… Cuma tanya je… Takkan tak boleh?” dia berkata sambil tersenyum simpul.
“Kan.. Lynn dah cakap boleh..”
“So, macam mana?”
“Hah??? Macam mana apa?”
“Ala.. Lynn ni!! tiba-tiba mai dah penyakit short term memory dia.”
“Amboi!!! pandai dah cakap utara no…”
“Hah!!!! Lynn tak payah nak tukar topik.”
“Laaa… mana ada Lynn tukaq topik.”
“Dah la Lynn.. Tak payah nak menyangkal lagi. Macam la Ilham ni baru kenal Lynn semalam.”
“Aish!! Lynn pulak yang kena.” Aku membiarkan soalan itu berlalu tanpa jawapan. Aku malu, aku tidak tahu bagaimana aku harus menjawab soalan itu. Sebenarnya, bagi aku dialah teman istimewaku.
***********************************
“Lynn, kenapa la susah sangat kau nak jawab soalan aku ni…” Ilham bermonolog dalaman sendiri di atas katil di dalam bilik asramanya.
“Lynn.. sebenarnya aku terlalu sayangkan kau. Tapi aku takut untuk meluahkannya. Lynn… Bolehkah kau menerima cintaku ini? Lynn… aku dah gilakan kau!!!!!” Ilham mengelamun memikirkan Lynn sambil berbaring di atas katil empuk asrama.
“Wei!!! Ill!!! Ngah buat apa tu?? Mengelamun erk!!!” Ilman datang dan mematikan lamunan Ilham.
“Ish… Kau ni Man memeranjatkan aku je..”
“Mana tak terperanjat dok mengelamun je.. Ni mesti tengah ingatkan Lynn ni!!”
“Ish… Kau ni Man, kalau cakap tu boleh tak slow down kan voice kau tu cikit.. Ni mengalahkan speaker dekat luar tu… Baik kau pergi buat announcement je kat blok kita ni, biar semua orang tahu..”
“Hah!!! Tu cadangan yang bagus tu.. Aku gi buat sekarang..” Ilman berlalu dari katil Ilham menuju ke pintu keluar.
“Wei Man!!!! Kau nak ke mana tu???”
“Laaa.. Tadi suruh aku gi buat announcement.. Aku nak gi buat announcement la ni..”
“Ish.. Kau ni Man, aku melawak je la.. Kau jangan buat pasal Man, karang tak pasal-pasal aku yang dapat malu.”
Ilman memang terkenal dengan sikap lurus bendulnya itu. Dia kadang-kadang tidak tahu sama ada kita main-main atau serius. Ini kerana sikapnya itu sendiri, bila orang serius dia main-main dan bila orang main-main dia ambil benda itu serius. Pernah sekali itu, kami beramai-ramai pergi ke tepi pantai untuk berkelah. Ada seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain di tepi pantai. Kami saja mahu menyakat Ilman lalu menyuruhnya mengangkat budak itu ke mari dan mencium pipi kanak-kanak terbabit. Tidak lama kemudian dia mengangkat kanak-kanak perempuan tersebut dan letakkannya di hadapan kami. Nasib baik kami sempat menghalang Ilman. Jika tidak, mati la Ilman dikerjakan oleh ayah kanak-kanak perempuan tersebut dahlah ayahnya bertubuh sasa.
***********************************
Tidak lama lagi kami akan menamatkan pelajaran kami dengan menduduki peperiksaan yang terakhir di matrikulasi ini. Selepas ini masing-masing akan pulang ke kampung halaman masing-masing dan menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran.
Setiap kolej matrikulasi akan mengadakan jamuan dan majlis penutup. Tidak lupa juga dengan kolej kami. Majlis penutup tersebut diberi nama Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”. Ia memberikan makna yang dalam kepada sesiapa yang menghargai setiap detik di sini. Begitu jugalah yang dirasai oleh aku dan Ilham.
Setelah tamat jamuan dan majlis penutup. Masing-masing sibuk mengambil gambar untuk dijadikan kenangan abadi. Tapi tidak pula bagi Lynn dan Ilham mereka berdua hanya duduk di meja makan dan masing-masing tidak bercakap seperti kebiasaannya, jika mereka berdua berjumpa pasti ada benda yang akan dibualkan, tapi tidak pula untuk hari itu.
“Lynn…” Ilham memulakan bicara, setelah lama membisu.
“Ye..” Lynn menjawab sepatah.
“Lynn… sanggupkan Lynn menunggu Ill??? Jika Ill katakan yang Ill akan mengambil Lynn menjadi permaisuri dihati ini dan menjadikan Lynn ibu kepada anak-anak Ill, suatu hari nanti?” Ilham bertanya kedapa aku sambil mengenggam kedua-dua belah tanganku.
Aku yang hanya tunduk dan memandang ke bawah dari tadi tidak menjawab soalan Ilham, hanya badan aku sahaja yang kelihatan bergerak-gerak. Ilham cuba mengangkat wajahku dengan tangan kanannya, Ilham mendapati mukaku kemerahan menahan tangisannya. Lalu berderailah air mataku apabila menatap wajah Ilham. Hanya anggukkan yang aku berikan kepada Ilham untuk soalan yang Ilham ajukan. Ilham tersenyum lalu, menghapuskan air mata yang jatuh di pipi aku.
“Lynn, jangan menangis lagi ye.. Ilham sayangkan Lynn, Ilham tak nak ada sedikit pun air mata Lynn tumpak ke bumi hanya kerana Ilham. Ilham janji dengan Lynn yang Ilham akan selalu ingatkan Lynn dan tak akan lupakan Lynn walaupun sesaat.”
“Ilham, jangan terlalu mudah menabur janji.. Nanti, jika tidak ditunaikan Ilham sendiri yang susah.”
Tanpa, Lynn dan Ilham sedari, sejak dari mula mereka bersama ada orang yang memerhati dan melihat tingkah laku mereka.
***********************************
Kenangan emapt tahun lepas berlegar difikiranku. Aku tidak boleh melupakan detik-detik bersama dengan Ilham satu masa dahulu. Aku terlalu setia pada Ilham hingga mengabaikan zaman mudaku di universiti, yang ada difikiranku hanyalah Ilham dan aku menghabiskan masaku dengan menelaah pelajaran. Ramai sebenarnya yang mengajak aku keluar terutama sekali kaum adam. Aku tetap dengan sikapku yang hanya akan menelaah pelajaran sahaja dan membiarkan ajakkan itu berlalu pergi tanpa jawapan.
Namun, setelah tiga tahun berlalu Ilham langsung tidak menghubungiku. Cuma pada awal tamat pengajian kami di matrikulasi adalah Ilham menghubungiku, itu pun jarang-jarang, kerana jarak kami yang jauh. Aku cuma berpegang kepada kata-kata Ilham yang dilafazkan kepadaku semasa Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”, majlis penutup di matrikulasi kami.
Setelah sekian lama tidak melihat gambar-gambar kenangan mereka bersama. Aku membuka komputer ribaku lalu membuka folder “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”, di situ semua kenangan bersama Ilham dirakamkan dan dimasukkan ke dalam komputer ribaku. Ada satu gambar yang aku tidak sedar gambar itu dirakamkan oleh Ilman, gambar Ilham dan diriku semasa Majlis “Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa”. Gambar ketika Ilham mengangkat mukaku dengan menggunakan tangan kanan Ilham. Tiba-tiba berkumandang lagu nyanyian Anuar Zain sedetik lebih di corong radio kesayanganku.
Setiap nafas yang dihembus.. Setiap degupan jantung aku..
Selalu memikirkanmu… Dalam sedar dibuai angan..
Dalam tidur dan khayalan.. Aku selalu memikirkanmu…
Ternyataku perlukan cinta… Dari dirimu sayang barulah terasa…
Ku bernyawaaaaa….
Kasihku……
Ku amat menyintai kamu…
Kerna kau beri reti hidup…
Ku kan terus menyinta sedetik lebih………
Setia selamanya…..
Lirik lagu ini membuatkan air mataku menitis lagi, kerana aku terlalu sayangkan Ilham. Dan aku akan setia menanti dan menunggu Ilham.
***********************************
Aku terpaksa membatalkan niatku untuk ke Kota Metropolitan. Kerana aku masih menunggu dan menanti Ilham yang berjanji akan mengambilku menjadi permaisuri di hatinya. Namun, sudah tiga tahun berlalu bayang Ilham masih tidak kelihatan, jangan katakan telefon mesej pun tidak pernah. Aku masih memberikan peluang kepada Ilham aku sanggup menanti Ilham, walaupun aku sedar itu adalah satu yang mustahil, kerana aku telah menanti hampir enam tahun namun Ilham masih tiada khabar berita.
Sekarang aku berkerja sebagai akauntan di salah sebuah syarikat di Alor Setar. Dua tahun sudah, Fikri telah pun bertemu jodohnya dengan gadis pilihan ibunya. Walaupun aku tahu Fikri tidak setuju dengan pernikahan itu, namun dia telah pun bahagia bersama isteri dan anak lelakinya yang comel, kini berusia 9 bulan. Aku gembira melihat perkembangan Fikri, kerana aku bahagia apabila melihat kawanku bahagia.
Pada satu petang, Nini mengajakku pergi berjalan-jalan di shopping mall untuk mencari dan membeli pakaian baru. Nini adalah adik perempuan kesayanganku, kerana dialah satu-satunya adik perempuanku. Sedang aku dan Nini asyik melihat pakaian di sebuah butik, tiba-tiba aku terlanggar seseorang. Habis semua benda yang dipegang olehku bertaburan di atas lantai.
“Maafkan saya, encik.. Saya tak namapak encik lalu kat sini tadi. Maafkan saya.. Maafkan saya..” Aku berulang-ulang kali meminta maaf sambil mengutip barang-barangku yang bertaburan di atas lantai. Lelaki yang berlanggaran dengan aku masih mendiamkan diri. Aku tahu dia lelaki oleh kerana kasut yang dipakai olehnya.
“Ya Allah!!! Kak ngah pasai pa ni? Habis semua barang bertaburan kat lantai ni?” kata Nini kepadaku.
“Tak pa.. Tak pa.. Salah saya jugak jalan tak tengok kiri kanan..” lelaki itu membalas.
Setelah selesai mengutip barang-barang yang bertaburan, aku pun berdiri di hadapan lelaki itu. Tiba-tiba jatung aku berdegup dengan kencang. “Wajah ini!!! Macam aku pernah lihat..” Lynn bermonolog sendirian.
“Lynn???” lelaki itu menyebut namaku.
Setelah, hampir enam tahun tidak bersua muka, kami terserempak secara tidak sengaja dia shopping mall ini.
“Eh!! Awak, macam mana boleh ada kat sini?”
“Ooo.. Saya ada kursus kat sini. Awak pulak buat apa kat sini?”
“Ish.. Awak ni, sayakan orang sini.”
“Alamak… minta maaf saya terlupa pulak, awak tu orang sini. Jom kita pergi minum-minum dulu saya tak tahu nak buat apa kat sini, tu yang meronda-ronda kat shopping mall ini, tiba-tiba terlanggar awak pulak. Rezeki saya la ni.”
“Hah!! Rezeki awak??”
“Hahaha.. tak da pape jom saya belanja minum..”
“Ok, boleh je tekak saya pun dah kering dari tadi berjalan. Jom Nini, kita pi minum ada orang nak belanja ni..”
“Tak pa la, Kak ngah.. Kak ngah pi minum dulu Nini nak jumpa kawan sat.”
“Ya ka?? Kawan ka? Boyfriend ka?”
“Ish… Kak ngah ni mana ada kawan ja.. Ok la.. nanti Kak ngah dah habis minum Kak ngah call Nini.. Ok?”
“Ok..” aku dan Nini pun berpisah. Nini pergi berjumpa kawannya dan aku pergi minum bersama kawanku yang sorang ni.
***********************************
“Lynn… Lamakan kita tak berjumpa, hampir enam tahun betul tak?”
“Aaaa.. hampir enam tahun lepas je habis matrik, masing-masing bawa haluan sendiri. Dia pun bukan nak contact kita… Mesti takut makwe dia marahkan?”
“Ish!! Saya mana ada makwe.. Lain la Lynn yang lawa ni.. Mesti ramai pakwe kan?”
“Ish.. Untuk pengetahuan awak, saya setia pada yang satu tau…”
Sedar, tidak sedar, hampir dua jam kami berborak. Selepas masing-masing bertukar nombor telefon aku meminta diri untuk pulang kerana hari sudah pun petang. Aku menelefon Nini dan mengajak dia pulang. Rupa-rupanya dia telah pun sampai ke rumah. Katanya lama sangat menungguku lalu dia menyuruh kawannya menghantar dia pulang. Terpaksalah aku drive sorang diri balik ke rumah.
Pada malam tersebut, tiba-tiba saja mama dan abah membangkitkan soal kahwin kepadaku.
“Kak ngah…”
“Ya.. Abah..”
“Kak ngah tak terfikir ka nak kawin?” tanya abah kepadaku soalan cepu emas yang selalu diajukan kedapaku.
“Ala.. tak sampai seru lagi la abah.. mama…”
“Ish.. Budak ni!!! Boleh pulak tunggu seru… Hang tengok Fikri tu dah ada anak sorang kawan-kawan hang yang lain pun ramai dah yang kawin.. Hang tu bila lagi?? Hang tunggu putera raja dari mana masuk minang hang??” mama menyelah tiba-tiba.
“Ala.. mama… Relex la… Kak ngahkan muda lagi..”
“Muda tengkorak hang.. Hang sedaq dak.. Umur hang tu dah 25 tahun.. Hang nak tunggu sampai bila? Sampai orang panggil hang andartu…” mama memarahiku kerana sikapku yang langsung tidak mengendahkan soal perkahwinan.
Aku cuma mendiamkan diri dan terus berlalu masuk ke dalam bilik tidurku.
“Abahnya…. Tengok la anak dara awak yang sorang tu.. Bila kita cakap pasai kawin ja mesti dia mengelak.. Ish.. Apa nak jadi la budak ni sorang..”
“Biaq pi la kat dia.. Dah dia kata tak sampai seru lagi, kita tak boleh nak paksa dia.. Awak nak ka tengok anak awak berkawin tapi tak bahagia?”
“Ish.. Abang ni mesti la nak tengok anak kita bahagia.. Ibu bapa mana tak nak tengok anak dia bahagia bang oii…”
Di dalam bilik aku memikirkan nasibku. Aku bukan tidak mahu berkahwin, perempuan mana yang tidak mahu berkeluarga. Aku juga mahu berkeluarga. Namun, Ilham masih tidak memunculkan diri. Aku buntu memikirkan semua ini.
Lalu aku terfikir pertemuan aku dengan Ilman petang tadi. “Kenapa la aku bodoh sangat tak tanya je si Ilman tu tadi.” Aku mengutuk diriku sendiri.
***********************************
Setelah, hampir tiga bulan aku dan Ilman berhubung antara satu sama lain. Hatiku tergerak untuk menanyakan Ilman tentang Ilham. Selama ini pun Ilman tidak pernah menyebut tentang saudara kembarnya itu kepadaku.
Malam itu Ilman menelefonku seperti biasa. Kami berborak-borak menanyakan perkembangan harian masing-masing seperti kebiasaannya.
“Ilman… Saya nak tanya awak satu soalan boleh?”
“Tentulah boleh.. Apa dia?”
“Mmmmm… Illl…….”
“La… nape malam ni Lynn jadi orang gagap pulak ni?? Hehehe..” Ilman ketawa dihujung talian mendengarkan suaraku yang tergagap-gagap itu.
“Mmmm… Lynn… Nak tanya ni…”
“Ya Allah.. Lynn tanya la.. Penat Man tunggu ni.. Lynn nak tanya apa?”
“Mmm… Man…. Ill…haaam… kat mana sekarang? Dia macam mana sihat ke?” Lama juga aku menantikan jawapan dari Ilman.
“Hmmm.. Dia sihat-sihat saja.. Dia ada di Putrajaya, dia berkerja di sana.”
“Diiaaa… Diiaaa… Dah berpunya ke??”
“Mmm.. Lynn.. Hujung minggu ni.. Man turun Alor Setar kita jumpa hujung minggu ni.” Ilman tidak menjawab pertanyaanku.
***********************************
Hujung minggu pun tiba, aku tidak sabar menunggu kehadiran Ilman kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang Ilham. Kami berjumpa di shopping mall, tempat kami berlanggaran tiga bulan sudah. Tempat yang menemukan aku dan Ilman setelah hampir enam tahun tidak berjumpa.
“Lynn sihat?” soalan pertama yang Ilman ajukan kepadaku.
“Alhamdulillah… Lynn sihat… Man sihat??”
“Alhamdulillah.. Man pun sihat..” Lama kami terdiam masing-masing mematungkan diri tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Tapi kalau dalam telefon Ilman lah orang yang paling banyak cakap sampai aku tidak ada peluang untuk bercakap.
“Mmmm.. Man nape diam je.. Kalau tidak Man lah orang yang paling banyak mulut.. Macam murai tercabut ekor.. Hehehehe..”
“Ooo.. Mengata Man erk… tak pa… tak pa…”
“Man…”
“Ya saya…”
“Lynn nak tanya satu soalan boleh?”
“Boleh.. Apa dia?” Lama juga aku terdiam lalu bertanya kedapa Ilman.
“Mmmm…Ilham macam mana sekarang?”
“Ilham?? Dia macam dia la.. Sihat.. Sihat je..”
“Bukan tu maksud Lynn..”
“Habis??”
“Dia dah berpunya ke belum??”
“Lynn… Maafkan Man… Man tak sampai hati nak berterus terang dengan Lynn.. Man tahu Lynn sangat sayang dan menyintai Ilhamkan? Tapi Man terpaksa berterus terang supaya Lynn tidak menaruh harapan yang tinggi… Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa…. Sebenarnyaaaa….”
“Sebenarnya… Sebenarnya apa Man???”
“Mmmm… Il sebenarnya dah berkahwin tiga bulan sudah..”
“Apa?? Dia dah kawin??” tiba-tiba laju saja air mata turun membasahi pipi Lynn.
“Lynn.. Jangan macam ni.. Semua orang pandang kita..”
“Apa Lynn kesah.. ?Biaq pi la diorang… Sampai hati Ilham buat Lynn macam ni setelah hampir enam tahun Lynn menanti dan setia menunggu dia.. Dia berkawin dengan orang lain..” Lynn menangis teresak-esak tanpa memikirkan orang yang lalu-lalang melihat keadaannya itu.
“Lynn.. Dengar ni Man nak cakap… Lynn lupakan je la Ilham… Mungkin dia bukan untuk Lynn..”
“Man!!! Man cakap senang la.. Hati Lynn ni hanya Tuhan saja yang tahu..” aku memarahi Ilman kerana berkata begitu.
“Lynn… Dengar ni Man sayangkan Lynn sejak dari matrik lagi.. Tapi Man sedar Lynn tidak pernah memandang dan mengetahui kewujudan Man.. Man jatuh hati kedapa Lynn sejak hari pertama kita masuk ke matrik lagi… Waktu tu Lynn dengan family sedang mengangkat barang-barang Lynn keluar dari kereta.. Man jatuh cinta pandang pertama kepada Lynn… Namun, Man hampa kerana Man mengetahui Ilham telah terlebih dahulu berkenalan dengan Lynn… Namun, Man tak pernah putus harapan. Man melihat dan memerhati setiap pergerakan dan perkembangan Lynn dan Ilham. Ilham sudah mula berubah sejak korang berjauhan… Dia telah melupakan segala janji yang telah dia taburkan kepada Lynn… Pernah kami bergaduh disebabkan perkara ini… Namun, dia tetap tidak mengendahkan Lynn… Dalam diam Man selalu menghubungi Nini… Untuk mengetahui perkembangan Lynn… Nini selalu menceritakan perkembagan Lynn kepada Man… Nini menjadi mata-mata untuk Man dan menjaga Lynn bagi pihak Man… Sebenarnya pertemuan kita tiga bulan lepas telah dirancang oleh Nini… Dia memberi Man peluang untuk mendekati Lynn. Lynn…Man sayangkan Lynn dari dulu sampai sekarang sayang Man pada Lynn tak pernah pudar, namun semakin bercambah. Lynn… sudikah Lynn menjadi tulang rusuk kiri Man? Melengkapi hidup Man dan mengharungi kehidupan bersama-sama Man?”
Aku terdiam mendengarkan penerangan yang panjang lebar dari Ilman. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku hanya mendiamkan diri dan kami pulang tanpa aku menjawab pertanyaannya.
Keesokan harinya, rumahku didatangi satu rombongan. Mereka datang untuk merisikku. Aku tidak ambil peduli semua itu. Aku serahkan semuanya ke tangan abah dan mama, sama ada mahu menolak atau menerimanya.
Abah menerima risikan itu, aku terus ditunangkan dengan lelaki yang aku tidak kenal pun siapa dia. Mereka telah pun menetapkan tiga bulan dari sekarang kami akan dinikahkan. Tiga bulan masa yang sangat singkat. Aku hanya menurut sahaja apa yang mama dan abah katakan.
***********************************
Tiga bulan berlalu, semua persiapan telah dibuat dan kini tibalah hari yang dinanti-nanti. Jantungku berdegup laju. Kami akan dinikahkan di Masjid Al-Bukhri, Alor Setar, masjid yang tercantik di Alor Setar dengan senibina dan ukiran yang menarik.
Aku tunduk sahaja sepanjang berada di dalam masjid. Aku langsung tidak memandang bakal suamiku yang kini sudah siap sedia dihadapan tok kadi.
“Aku nikahkan engkau, Muhammad Ilman Bin Zakaria dengan Nur Azlynn Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai”
“Aku terima nikahnya, Nur Azlynn Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM 279.89 tunai…” dengan sekali lafaz sahaja aku sah menjadi isteri kepada Ilman. Aku menangis kesyukuran kerana telah menjadi seorang isteri kepada orang yang mencinyai aku sepenuh hatinya. Aku tahu aku tidak cintakan dia, namun bagi aku rasa sayang dan cinta itu boleh dipupuk dan dibaja. Ramainya mengatakan bahawa cinta selepas berkahwin itu indah.
Sekian, terima kasih.
»» Readmore

CERPEN : JODOH DARI DIA


CINTA.. apa ada dengan cinta ? Hati seorang gadis berusia 19 tahun ini telah menutup sepenuh hatinya terhadap cinta.Namun,siapa sangka kerasnya hati seorang wanita mampu bertahan lama ? Kepada Allah dia serahkan segala takdir hidup seterusnya setelah kehilangan seorang lelaki yang pernah bertakhta dihatinya.

Musafir.. lelaki ini pernah memberi kekuatan pada dirinya dengan menaburkan benih cinta dan menyemai impian untuk melihat dirinya berjaya ketika mendapat keputusan SPM 2010. Namun,lelaki itu telah pergi ketika dia sedang berjuang untuk menduduki SPM. Hilang seluruh semangatnya.. Dia rebah ketika mendapat tahu berita tentang kematian lelaki itu. Hari yang dilalui begitu sepi,namun dia cepat sedar bahawa dia tidak sendiri. Allah adalah segala-galanya. DIA kekasih sejati,yang tidak pernah mengecewakan gadis ini.Dia adalah Nur Asrar Hidayah bt Abdul Rahman atau dikenali sebagai Asrar.

Keputusan SPM telah membawa dia menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan di UITM,Terengganu,Kampus Dungun. Alhamdulillah.. Berkat beristikharah,matrik dan STPM bukan impiannya. Hati dan akal bergabung untuk memilih diploma. ‘Ya Allah.. Moga pilihan ini memberi aku rahmat dan kejayaan. Amin..’ Doanya dalam hati.

Pejalanan hidupnya di kampus sama seperti mahasiswa lain. Namun,erti persahabatan yang terjalin mebuatkan dia belajar sesuatu tentang persahabatan ini. Mereka berlapan dalam satu kumpulan yang mewakili empat lelaki dan empat perempuan. Apakah makna persahabatan ini ? Biarlah perjalanan kenangan yang tercipta menerangkan segalanya.Satu semester telah berlalu.

“Adik.. Mak ada berita baik untuk adik..” Dia anak bongsu. Jadi,ibunya memanggilnya adik.
“Apa Mak ?” Jawabnya ketika diberitahu oleh ibunya bahawa ada berita baik untuk diberitahu.
“Kita dapat ke Makkah bulan Februari ini..Mengerjakan Umrah.. Macam mana ? Bersetuju untuk pergi atau belum bersedia ?” Subhana-Allah.. Siapa sangka pertanyaan ibunya merentap seluruh hatinya. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk ke Tanah Suci telah sekian lama. Kini peluang ada di depan mata. Dengan penuh keikhlasan dan tangisan kesyukuran,dia memberi jawapan setuju kepada ibunya. ‘ Ya Allah.. Sungguh, Engkaulah yang Maha Mendengar doa hamba-Mu dan memakbulkannya. Moga terbentang luas keampunan-Mu untukku.’

Hari yang dinanti telah tiba. Perjalanannya ke Tanah Suci berjalan lancar. Kesyukuran dipanjatkan kepada Ya- Rabb kerana memberi peluang untuk dia menatap keindahan bumi Madinah dan Makkah. Tempat yang diimpi oleh segenap orang Islam di seluruh pelosok dunia. Seperti mimpi,namun itulah realiti yang dihadapinya. Namun,disebalik kegembiraan itu,siapa sangka gadis ini menderita hati tanpa dipinta ? Azwan Adam.. Kenapa lelaki ini yang diingati ketika di Jabal Rahmah ? Kenapa lelaki itu ? Sahabatnya sendiri ? Apakah tanda semua ini ? ‘Ya Allah.. Andai ini dugaan-Mu,Engkau kuatkan aku dengan kekuatan-Mu.. Andai ada petunjuk antara semua yang telah Engkau tetapkan,Engkau berilah yang terbaik untuk hamba-Mu ini.. Sesungguhnya,aku hanya hamba.. Yang sentiasa lemah dalam mengatur nafsu.. Lenyapkanlah nama Azwan Adam di kotak hati ini jika dia tidak terlibat dalam hidupku suatu hari nanti. Biarlah kami bahagia dengan persahabatan ini.. Amin.’

Azwan Adam adalah sahabat seperjuangannya di UITM. Bersama Alif Azmi,Basyir Akil dan Khairul Ikwan. Ada apa dengan Azwan Adam ? Dia tertanya-tanya.Gadis bertudung labuh ini berharap agar dia dapat menghabiskan pengajiannya dengan baik tidak lama lagi.

Empat tahun kemudian..

Ijazah telah digulungnya. Pekerjaan juga telah sempurna. Dia mencapai impiannya untuk menjadi seorang pensyarah. Dalam masa yang sama,dia juga menceburi bidang penulisan dan perniagaan. Semua telah lengkap dalam hidupnya. Namun,siapa sangka dia mampu bahagia dengan semua itu ? Dia wanita biasa. Yang mengharapkan cinta dari seorang suami. Dalam termenung,dia berfikir siapa jodohnya ?

“Teringat pula aku pada pengalaman di mana tiba-tiba Azwan Adam muncul dalam ingatan ketika di Jabal Rahmah..Hmmm”.. Dia mengeluh ketika menyuarakan pengalaman itu kepada sahabatnya, Farhana yang kini menjadi seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Terengganu. Tercapai juga cita-cita sahabatnya itu. Itulah tekad kami,belajar hingga mencapai cita-cita. Farhana telah berkahwin dengan Muhammad Syafie. Kekasih hatinya ketika di bangku sekolah lagi. Alhamdulillah. Jodoh mereka berkekalan. Tapi,Nur Asrar Hidayah ?

“Jodoh kot..” Jawab Farhana tanpa perasaan. Hujung minggu itu,mereka sudah berjanji untuk berjumpa. Jika tidak keluar hujung minggu,entah waktu bila mereka dapat meluahkan perasaan masing-masing seperti di kampus dahulu. “Eh apa kau ni,jodoh pulak(pula).. Entah-entah dah kahwin mamat tu..” Dia mengeluarkan kata-kata itu tanpa sekelumit keikhlasan. Ada apa pada hati ? Kenapa tidak mampu untuk ikhlas Asrar ? Subhana-Allah.. Selepas bertahmid,dia beristighfar di dalam hati dan menghadiahkan senyuman yang paling manis buat sahabatnya walaupun hatinya sedang berperang dengan kata-kata yang diucapkan sendiri.

“Asrar.. memang Azwan dah kahwin.. Dengan pilihan keluarganya sendiri.. Maaf kerana aku tidak memberitahumu.. Bukan berahsia,namun hati ini khuatir jika engkau akan kecewa.. Aku tahu,dari semester satu,ketika di kampus lagi kau menyimpan perasaan terhadapnya kan ? Kenapa harus berahsia ? Tidak mampu untuk meluahkan atau ingin lari dari cinta setelah kau kehilangan Musafir dahulu ?..” Bertalu-talu penjelasan dan persoalan yang Farhana ajukan padanya. Dia bungkam. Tanpa kata dia berlalu tanpa pamitan terlebih dahulu.

“Tunggu !” Sapa satu suara garau dan manarik tangannya. Pantang bagi Asrar ada lelaki ajnabi yang menyentuh dirinya. Baginya hanya seorang insan yang diamanahkan oleh Sang Pencipta sahaja yang dapat menyetuhnya secara mutlak. Ada marah dalam sabar. Doa dan tasbih tetap dialunkan dalam hati. Marah kerana memperjuangkan haknya sebagai seorang muslimah yang wajib dihormati.
“Apa ni ?Tarik-tarik tangan ? Saya perempuan.,awak lelaki ! Tak tahu batas ke ? Awak wajib menghormati saya..” Sergahnya terhadap lelaki yang belum dipandang wajah lelaki itu.

“Kita kahwin..” Hanya itu ungkapan yang diungkapkan oleh lelaki itu sebelum berlalu. Tidak sempat Asrar melihat wajah lelaki itu. Ungkapan itu seperti halilintar yang memamah dirinya sendiri. Kahwin ? Bagaimana perkahwinan tanpa cinta ? Biar orang kata dia sedang mencintai Azwan,namun, Allah belum memberi jawapan padanya. Padanya,yang berhak menerima cinta daripadanya adalah suaminya sahaja. Kerasnya hati gadis ini.

Dia bangkit dari tidur. Teringat akan mimpinya tadi. Apakah makna mimpi ini ? Kenapa perkahwinan ? Dia bangkit dan berwuduk untuk beristikharah. Kenapa dia mengingati Azwan ? Siapa lelaki di Mesra Mall tadi ? Farhana.. Kenapa la kau tak perasan lelaki tadi.. Hmm..

Selesai solat.. Dia memulakan doa dengan pujian kepada Ya Rabb.. Rasul-Nya.. meminta segala dosa kedua ibu-bapanya diampunkan dan segala dosanya juga diampunkan. “ Ya Allah.. Engkaulah yang mengetahui hati hamba-hamba-Mu.. Dalam istikharah ku,aku berharap agar lelaki ajnabi tadi jujur dengan ungkapannya. Adakah dia jodohku Ya Allah.. Tapi,siapa dia ? Begitu misteri perjalanan hidupku yang kau aturkan. Namun,Kebaikan itu datangnya dari-Mu.. Andai dia jodohku,kau dekatkan hatiku dengan hatinya.. Didiklah aku menjadi isteri yang solehah.. Kurniakan kami zuriat yang dapat menyambung perjuangan Rasul-Mu.. Sepenuh pinta dariku agar aku dapat melengkapkan tulang rusuk suamiku,untuk membantunya sama-sama dalam meneruskan jihad ini ya Allah.. Andai aku seorang ibu,kurniakan aku nurani yang sabar dalam mendidik anak-anakku nanti.. Dan.. berilah aku kesempatan untuk berkhidmat sepenuhnya terhadap amanah-Mu dan membuat suami ku sentiasa tenang dan bersyukur dengan anugerah-Mu.. Amin.. Amin.. Amin..” Disapu kedua tapak tangannya ke muka dan bayangan Azwan Adam tetap muncul.. Apa akan terjadi hari esok ? Dia tertanya-tanya..

Asrar dirapi dengan pakaian pengantin.Busana Muslimah yang direka khas oleh sahabatnya,Liyana.Walaupun seorang jururawat,namun,dia tetap mengabdikan impiannya untuk membuka butik pengantin.. Itulah Nur Liyana.. Tetap dengan pendiriannya. Dia kini sudah bergelar isteri kepada Muhammad Fadhil. Cinta remaja juga. Seperti Farhana. Liyana juga kekal bersama kekasih hatinya dalam membina dan melayari bahtera bersama-sama.

“Liyana,aku tak kenal siapa bakal suami aku.. Aku tak pernah kenal.. Tiba-tiba semua ni berlaku.. Kadang,aku tak faham dengan semua ni.. Apa yang tertulis untukku sukar untuk di luah.. Akal ini sarat memikirkan sebarang kemungkinan.. Ada gentar dihati ini..” Segala yang terbuku dia luahkan kepada Nur Liyana. ‘Asrar,kau bertuah kerana mengahwini lelaki yang mencintaimu,dan kau juga sebenarnya mencintainya. Andai aku terlambat,mungkin aku akan menyesal kerana membiarkan harapanmu musnah. Asrar,lelaki yang tidak engkau kenal itu adalah sahabatmu sendiri. Azwan Adam. Maafkan aku kerana terpaksa melakukan semua ini tanpa pengetahuanmu’ Detik hati Nur Liyana tanpa memberi respons terhadap apa yang digusarkan oleh Asrar.Dia tahu,Asrar mencintai Azwan Adam. Itulah Asrar. Seindah namanya,seorang perahsia.

Perjanjian dibuat tanpa pengetahuan siapa pun. Antara dua sahabat,Nur Liyana dan Azwan Adam serta diikuti oleh ibu dan bapa Nur Asrar Hidayah.

“Mak cik,Pak cik.. Maafkan kami kerana menganggu masa makcik dan pakcik.. Tapi,bagi kami,perkara ini perlu diselesaikan dengan segera.. Biarlah tanpa pengetahuan Asrar.” Liyana memulakan bicara.
“Ada apa Liyana ? Azwan ? Kelihatan seperti begitu penting ? Kenapa dengan Asrar ? Setahu kami,dia baik-baik sahaja sepanjang melalui kehidupannya di depan mata kami.”

“Makcik,saya Azwan Adam. Lelaki yang pernah diingati oleh Asrar ketika di Jabal Rahmah. Saya ingin menjadikan dia isteri saya makcik,pakcik.. Saya mungkin silap kerana mengabaikan perasaan nya terhadap saya ketika di kampus dahulu. Saya tidak pernah tahu kerana dia lah Asrar. Seorang perahsia. Segala cerita tersimpan dilubuk hati Nur Liyana. Liyana dah ceritakan segalanya pada saya tentang Asrar. Saya akan menyesal jika tidak menjadikan dia suri hidup saya. Sesungguhnya,Asrar juga sentiasa hadir dalam mimpi saya pakcik,makcik.. Izinkan kami bersatu.Restui kami.”

“Alhamdulillah.. Akhirnya,Allah kabulkan doa kita ya mak.” Tapak tangan disapu ke muka tanda syukur.

“Liyana,kenapa termenung ? Salahkah aku mengutarakan isi hati ini ? Aku khuatir andai dia bukan yang terbaik untukku.” Liyana tersedar dari terus mengingati peristiwa seminggu lalu.
“Asrar,ketahui dan yakinlah.. Dia akan menjagamu dengan sebaiknya. Yakin pada ketentuan Illahi. Itu yang selalu kau pesan pada aku waktu hari bahagia aku dengan Fadhil. Kan ?” Liyana memberinya semangat. ‘Asrar,minit makin hampir. Kau akan diijabkabulkan sebentar sahaja lagi’

Pengantin lelaki telah sampai.Debaran semakin terasa. ‘Ya Allah.. Berilah aku kekuatan dalam menerima siapa pun yang telah engkau tetapkan sebagai jodohku.’

“Aku terima nikahnya,Nur Asrar Hidayah bt Abdul Rahman,dengan mas kahwin sebanyak RM 80”

Alhamdulillah.. Hanya itu ungkapan yang didengari oleh Asrar. Dia bagaikan bermimpi kerana lelaki yang kini sudah bergelar suaminya adalah Azwan Adam. Jodoh dari DIA. Benarlah kata orang,Tanah Suci adalah tempat petunjuk dari Allah. Dia yang Maha Mengabulkan.

Apa yang harus dia rasakan sekarang ? Bersyukur ? Menyesal ? Rasa diri dipermainkan oleh seorang sahabat ? atau Jazakallah khairan untuk Nur Liyana ? dan marah pada Farhana kerana telah melibatkan diri dalam rancangan Liyana dan Azwan untuk menipunya ? Dikira Azwan Adam sudah berkahwin sebelum ini. Subhana-Allah.

“Asrar,kenapa termenung ? Wuduk sekarang.Kita berjemaah.Abang akan menjadi imam untuk Asrar.” Tanpa alasan,kaki melangkah ke kamar mandi untuk wuduk. ‘Ya Allah.. Salahkah caraku memperisterikan Asrar? Kenapa dia hanya diam ? Tidak sepatah pun dia berbicara denganku ? Maafkan abang Asrar. Kau akan ku jadikan Ainul Mardhiah ku’ Tekad Azwan di dalam hati.Perjanjian antara dia dan Pencipta.

Selesai solat berjemaah,Asrar mencium tangan suaminya. “Asrar,maafkan abang. Adakah Asrar tidak bahagia dengan perkahwinan ini ?” Azwan Adam memulakan bicara antara dia dan isterinya.
“Abang..” Seperti ada batu di dalam mulutnya untuk meluahkan isi hati yang selama ini terpendam. Kini,lelaki ini telah bergelar suaminya. “Ya sayang..” Subhana-Allah.. lembutnya panggilan dari seorang suami.

“Maafkan Asrar kerana mencintai abang tanpa pengetahuan abang. Selepas ingatan Asrar terhadap abang di Jabal Rahmah,Asrar semakin yakin bahawa Asrar tidak salah dengan apa yang Asrar rasa. Tapi,Asrar cuba elak kerana tidak mahu terlibat dalam cinta lagi. Selepas kehilangan Musafir,Asrar seperti tidak mampu lagi untuk mencintai sesiapa secara zahir. Namun,Asrar sentiasa berdoa dalam istikharah,agar Asrar dipertemukan dengan jodoh yang baik. Dan… Alhamdulillah,Allah mendengar segalanya.” Dengan titisan airmata,dia yang setulus namanya Asrar yang bermaksud rahsia itu,meluahkan segala isi hatinya terhadap suaminya. Moga bahagia milik mereka.

Azwan Adam mengucup lembut dahi isterinya tanda cinta yang tidak terhingga. ‘Akan ku pimpinmu Asrar ke jalan yang diredhai-Nya. Moga kau adalah pelengkap hidupku yang saling membawaku menuju redha-Nya.’ Detik Azwan Adam ketika mengucup dahi Asrar.

Mereka saling bertentangan mata. Tanpa kata. Malam yang indah dilalui bersama dengan penuh rasa cinta kerana Allah. DIA lah yang mentakdirkan hidup mereka bersatu. DIA lah yang Maha Mengetahui segala yang terencana.

Dalam diari Asrar,terukir nama sahabat yang kekal selamanya bermula dikampus dahulu. ‘Apa khabar dengan Syikin ? Belum pulangkah dia dari Amerika ? hmm..’ Dalam meniti hari bahagia,mana mungkin dia melupakan sahabat seperjuangannya. Jika sudah pulang ke tanah air,masakan tidak datang ke majlis hari perkahwinannya.

Tiga tahun berlalu..

“Umi,adik selalu menangis.. Abang Long tak nak tengok adik sedih.. Adik sakit ya umi ?” Adam Mukhlis bin Azwan Adam. Cahaya mata yang menjadi tanda cinta antara Asrar dan Azwan. Bukan seorang yang dikurniakan Allah kepada mereka,tapi sepasang kembar. Khazinatul Asrar. Kembar kepada Adam Mukhlis. Begitu sayang Abang Long kepada kembarnya yang di panggil adik.

“Adam Mukhlis,dengar umi ya sayang. Adik tidak sakit. Tapi,adik rindukan walid. Walid terpaksa tinggalkan tanah air untuk meneruskan dakwahnya. Umi juga berharap agar Abang Long meneruskan perjuangan Rasulullah seperti walid. Walaupun kita sibuk dengan urusan kerja,akan ada masa lapang untuk kita menyampaikan ilmu kepada para sahabat yang memerlukan.. Faham tak sayang ?”

“Ya umi. Insya-Allah Abang Long akan cuba. Walaupun di usia yang masih kecil,dengan didikan umi dan walid,Abang Long akan menanam azam untuk menjadi seperti walid.” Begitu bersungguh-sungguh janji yang di ukir oleh bibir anak kecil itu.

Bip.. bip.. Bunyi sistem pesanan ringkas mengejutkan Asrar.

‘Abang akan pulang tidak lama lagi. Abang ada berita gembira untuk Asrar’

‘Ingin di balas atau tidak ? Biarkan sahaja. Aku akan menunggumu dengan penuh setia suamiku.’ Detik Asrar. Walaupun berkhidmat sebagai seorang doktor,Azwan tidak pernah lokek menyebarkan ilmu dakwah ke negara luar. Kerja doktor bukan terhad di hospital sahaja baginya. Dia juga tidak pernah menolak untuk bertugas ke luar negara,dengan niat untuk membantu dan menyampaikan dakwah.

Azwan telah pulang ke tanah air. “Abang,apa berita gembira yang ingin abang beritahu Asrar?” Tanya Asrar tanpa rasa malu. Purdah dibuka kerana telah sampai di rumah selepas mengambil suaminya pulang di lapangan terbang tadi. Asrar meneruskan hasratnya untuk berpurdah setelah bergelar isteri. Itu adalah impiannya ketika masih gadis.

Sambil Khazinatul Asrar di dalam pelukan ayahnya,Azwan menyampaikan berita itu dengan penuh tenang. Dia tahu,itu adalah kebahagiaan buat isterinya. “Asrar,minggu hadapan kita akan bertolak ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah. Bersama Abang Long dan adik juga. Adam dan Khazinatul akan abang bawa juga ke sana terutama untuk melihat Jabal Rahmah. Itu tanda cinta kita,sayang. Sampai bila pun,abang tidak akan pernah lupa bagaimana adanya abang di hati Asrar.”

‘Umrah? Ya Allah.. terima kasih suamiku’ Hanya senyuman dan titisan airmata syukur yang dihadiahkan buat suaminya tanda terima kasih. Asrar kini bahagia bersama Azwan Adam. Dia mendapat bimbingan sempurna daripada seorang suami. Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Tambah pula dengan dua permata yang kacak dan comel itu. Adam Mukhlis menjadi pilihan nama untuk puteranya kerana mengambil satu nama dari Azwan Adam. Adam adalah nama mulia. Manakala Mukhlis pula pemimpin yang disegani. Dia berharap agar Adam Mukhlis akan membesar dengan ilmu yang penuh di dada.

Manakala,Khazinatul Asrar adalah bermaksud khazanah rahsia. Moga dia menjadi seindah mawar berduri suatu hari nanti. Walaupun seorang perempuan,Asrar sangat berharap agar Khazinatul akan menjadi seindah namanya yang membawa khazanah islam ke pelosok dunia. Jika tidak dengan melangkah,biarlah dengan penulisan. Amin.

“Abang.. Terima kasih untuk semua yang telah abang berikan untuk Asrar. Asrar bahagia bersama abang. Semoga Nur Asrar Hidayah akan sentiasa menjadi Ainul Mardhiah untuk suaminya,Azwan Adam.” Kata-kata itu dibalas dengan senyuman oleh suaminya.

“Insya-Allah sayang. Akan abang bawa legasi cinta kita di jalan yang benar”

“Dan akan Asrar bawa legasi cinta kita,dalam sebuah penulisan.”

Mereka berpelukan dengan penuh rasa bahagia. ‘Moga cinta ini kekal dan diredhai Allah’ Detik hati Azwan. Ya.. Moga mereka bahagia hingga ke akhir hayat.

»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...