Monday, March 11, 2013

Bagaimana handphone skrin sentuh berfungsi


Salam dan hai kepada semua pembaca serta blogger-blogger sekalian.Pertama-tama sekali, saya ingin bertanya, pernahkah anda tertanya-tanya bagaimanakah handphone-handphone yang berskrin sentuh (touch screen) berfungsi?

Bagaimana boleh kesan apa yang kita tekan?Apa yang kita sentuh?Ok,hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang topik menarik ini.Mari kita sama-sama menimba ilmu.Hari ini ramai dah pakai HP Android, iPhone, Blackberry, Galaxy Tab, iPad, dan banyak lagi yang menggunakan applikasi Piezoelectric, ops sebelum terlupa, terima kasih kepada sumber!!! 
 

Ramai yang masih tak tahu, macam mana skin sentuh berfungsi? Tahu sentuh ada la kan?. OK, kita “back to basic”, bagaimana sentuhan boleh ditukarkan ke isyarat elektrik dan seterusnya menjadikan skrin sentuh sesuatu yang realiti?


Pada pertengahan kurun ke-18, Carl Linnaeus dan Franz Aepinus mengkaji sifat bahan yang menjana potensi elektrik sebagai tindak balas kepada perubahan suhu. Tapi kajian mereka tidak berjaya. Berbekalkan dengan kajian tersebut, Pierre Curie dan Jacques Curie menkaji hubungan antara mekanikal tekanan terhadap elektrik. Kajian mereka berjaya dan didemonstrasi pada tahun 1880. Apa itu Piezoelectric? Piezoelectric adalah bahan yang mampu menukarkan mekanikal tekanan kepada tenaga elektrik. Contohnya, apabila kita tekan bahan tersebut, ia akan menjanakan kuasa elekterik, dan apabila elektrik dikenakan terhadap bahan tersebut, ia akan menghasilkan sebaliknya.
 

Nampak kat atas gambar ni? apabila ditekan, meter elektrik bergerak, vice versa apabila dikenakan elektrik terhadap bahan tersebut.


Apakah bahan Piezoelectric ni?
 
Kristal Quartz

Rochelle Salt

Ada banyak lagi, tapi dua bahan ini antara yang popular dan efektif.

Aplikasi Piezoelectric:

Aplikasi yang paling popular sekali adalah terhadap gitar elektrik, ia menukarkan gelombang bunyi yang memberi tekanan terhadap bahan piezoelekterik ke isyarat elektrik ke dan diproses ke pembesar suara.
 

Budak-budak gitar panggil pickup


Dan aplikasi yang sekarang digilai ramai dan semakin canggih teknologinya, skrin sentuh! skrin sentuh sangat-sangat popular pada telefon bimbit dan tablet. Ianya akan mengesan tekanan terhadap sentuhan dan menukarkan ke isyarat eletrik dan seterusnya memproses isyarat tersebut.
 
»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...