Friday, March 6, 2015

Cerpen : Kawan Sampai Bila??


KAWAN SAMPAI BILA?
Will you stay? 
Will you stay away forever? 
How do I live without the ones I love? 
Time still turns the pages of the book it’s burned 
Place and time always on my mind 
I have so much to say but you’re so far away

Lagu So Far Away nyanyian Avenged Sevenfold kegemarannya berdendang sakan di cuping telinga. 

Dengan kepala yang berserabut and hati yang gelisah, dia dah tak tahu nak buat apa. Menangis? Dah puas sampai tak ada air mata nak keluar lagi dah. Arghh stress tahu tak? Stress tahap melampau mengalahkan stress nak final je. 

Terdengar ketukan di pintu bilik. Pintu dibuka dengan muka yang tiada perasaan. Terjengul muka kawan baiknya, Tina. 

“ Yan, kau ok tak ni? Please jangan buat muka macam tu. Aku risaulah,” perlahan Tina berkata. Ecehh, nak pujuk aku ler tuh.
“Kau tahu tak apa masalah kau ni? Kau sedih sampai macam ni bila Haikal tu nak further kat overseas. Kucing kau mati pon kau tak ada nak menangis sampai macam ni.” Bebel si Tina lagi. 

“Sedih la wei. Haikal kan kawan baik aku since sekolah lagi. Lepas tu bila dia dapat tawaran tu, dia nak pergi. Habis tu kalau dia tak ada nanti, aku macam mana? Siapa nak teman aku makan kalau tengah­tengah malam nanti kang lapar? Siapa nak teman aku jalan kalau aku stress? Siapa nak happy kan aku kalau aku tengah sedih? Siapa nak..” 
“Ok enough!” 

Tak sempat nak cakap habis lagi mak cik ni dah tahan apa aku nak cakap. Betul lah, selama ni life aku kalau tak dengan Tina ni, mesti dengan Haikal. Tapi boleh cakap la 70% hidup aku mesti dengan mamat tuh. Dia je yang paham aku. 
“Apa je yang Haikal cakap dengan kau semalam?” Soal Tina serious. 

“Kejap aku ingat balik. Semalam lepas habis class econs kita orang lepak cafĂ©…” 

“Yan, kau nak makan apa ni? Aku nak beli.” 
“Kau belanja?” 

“Ah kau, macam sebelum ni kau yang belanja?” soal haikal dengan muka dia yang tersenyum sinis tu. Ciss!! 

“Hahahaha. Sengal kau. Disebabkan kau yang belanja, aku tak nak mahal­mahal. Nak mee bandung je.
“Tak mahal sangat Yan oii” katanya sambal berlalu pergi. 

Hahaha. Gila aku tak sayang member aku yang seorang ni? Haikal ni lah satu­satu nya kawan lelaki aku yang aku ada. Yang lain pun kawan tapi tak lah serapat dengan mamat ni. Dia ni pun dari golongan anak­anak orang kaya bhai. Ehh tapi bukan bermakna aku kawan dengan dia sebab duit ok. Sebab dia ni memang kawan yang sangat boleh jaga aku. Kah3. 

“Hah, berangan je kerjanya.” 
Sergah haikal sambal membawa dulang berisi makanan. 

“Sedapnya mee bandung dia!” jerit aku yang agak teruja tengok keenakan mee bandung yang berada di depan mata ni. 
“Woi cik kak, bismillah dulu kalau tak menyempat sangat pon” Aku hanya mampu tersengih sepeti kerang busuk. Bismillahirrahmannirrahim dan bedal!!!!! Yabedabedu. 
“Yan…” aaaik, lain macam je tone suara ni. 

“Gapo dio? Kawe tengan make ni,” ya Allah, rosak Bahasa aku buat. 

Haikal hanya ketawa bahagia. Bahagialah sangat kan. 

“Yan, janji dengan aku something.” 

“Janji apa?” pandang aku pelik. Lain macam benar perangai Haikal hari ni. 

“Janji dengan aku kalau aku pergi jauh bertahun­tahun pun kau takkan berubah. Kau still Yan yang aku kenal sekarang. Yang ketawa tak tentu pasal. Yang harok tahap apa. Yang selalu buat kacau.” Haikal memandang sayu muka Yan. 
‘Yan, kuat ke kau tanpa aku?’ soalnya di sudut hati. 

“Mesti lah wei aku tak akan pernah berubah. Gila kau nak berubah. Eh tapi asal ayat kau gaya nak pergi jauh je. Berani kau tinggalkan aku. Aku karate kau karang.” 

“Yan, aku dapat offer further dekat Australia. Due dia dua minggu lagi. And aku dah bincang dengan family aku semua. Aku confirm pergi nanti Yan. Aku pergi..” Sumpah sekali nafas je Haikal cakap. 

Aku yang tersentak dengar dia cakap ni terus berhenti makan, berhenti gerak. Semuanya terhenti. Dia cakap dia nak pergi Australia kan? Dua minggu lagi kan? 

Aku pandang muka dia. Patut senyum ke menangis sekarang ni? Ke patut blah je? Ke aku kene ketawa bahagia? Ya Allah kanapa aku tak dianugerahkan kebolehan berlakon sekarang ni. Aku tak tahu nak buat apa. 
“Yan..” sayu je panggilan Haikal tu. 

“So, bolehlah aku karate kau sekarang ni? Kau nak tinggalkan aku kan.” Soalku dengan ketawa yang berpura­pura. Mata aku pun dah berair dah ni. 

“Aku pergi 4 tahun je Yan. Aku janji habis je aku kat sana, aku balik sini terus jumpa kau. Kita berkawan macam sekarang ni balik.” Janji Haikal. 

“4 tahun lagi kita tak tahu macam mana kita nanti. So, aku takut kita sama­sama tak boleh nak tunaikan janji kita Haikal.” Haikal macam mati kata. Mesti dia dah tak tahu macam mana nak pujuk aku kan? 
“Haikal, walaupun aku sedih sekarang ni, aku relakan kau pergi. Aku harap kau dapat capai cita­cita kau.” 
Aku terus berlalu pergi. Aku dengar haikal jerit nama aku. Tapi wei, aku tengah sedih ni. 
Tina yang dengar dah mengeluh besar. Haila akak seorang ni. Menangis mengalahkan apa je. 

“Yan, Haikal nak jumpa kau dari hari tu lagi. Luse dia dah flight pergi Australia Yan. At least kalau kau sedih sangat pun, jumpalah dia walaupun sekejap. Pesan aku Yan, jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi akan datang.” Tina menepuk­nepuk bahu Yan dan berlalu keluar. 

Ya Allah, apa aku dah buat ni? Haikal dah nak pergi jauh and kau still buat perangai gedik ni. Sejak bila kau jadi macam ni Yan oii. Kejam kau Yan. Mesti haikal tak tenang semenjak dua ni. Ok, aku tekad!! 

‘Wei pak cik, malam ni makan luar jom. Kau belanja ok sebab kau nak pergi jauh kan. And Jangan lupa ambil aku! Hee. Jumpa malam karang.’ And butang send ditekan. 

‘Aku dah dekat bawah’ 

Aku capai handbag dan kunci pintu. Perlahan­lahan aku turun ke bawah. Haikal dah sampai. 

Wow, malam ni dia bawak kereta BMW x6. Gila, kereta keluaran baru ni kot. Haikal dah tunggu depan kereta. Dengan baju dia yang santai tapi still nampak segak. Ok, jangan gatal Yan. Dia kawan kau, kawan! Senyuman dah terhidang untuk aku. 
Rindunya dekat mamat ni. Dah lama kot tak jumpa. Ini semuanya kau punya pasal Yan. Padan muka!
Dia drive tenang. Dua­dua tak bersuara sampai lah dia bawak aku ke restoran yang mewah. Mewah wei. Baru tengok luaran je dah tahu. 

“wei, serious makan dekat sini? Aku tak nak nanti ade orang complaint duit habis sebab belanja aku,” omelku sambal memandang dia. 

Dia hanya ketawa dan siap membukakan pintu aku lagi. Tak pernah­pernah ni. Lain macam betul aura malam ni. Asal macam romantic semacam? 

Setelah pesanan di ambil, kami bertentang mata. Aku dah angkat­angkat kening. Wahai cik Haikal, cakap la apa nak cakap. 

“Janji dengan aku Yan jangan buat perangai macam tu lagi. Risau aku Yan. Ni aku dekat boleh lagi aku pujuk. Karang kalau aku dah jauh, macam mana?” Soal nya luluh. 

“Kalau kau jauh, tunggu kau balik Malaysia la baru pujuk aku.” 

“Demi kau Yan, seminggu sekali pun aku sanggup balik Malaysia,” ok, itu tak lawak ye Encik Haikal. 
“Hahaha. ClichĂ© sangat kau malam ni. Kaki nak kaki?” 

Dan makanan pun sampai. Wah, mewah aku makan malam ni. Nyum3. 

“Yan, sampai bila kita nak jadi kawan?” soal Haikal setelah beberapa ketika. 
“Lah, bukan kita dah janji ke tak kira apa jadi, kita akan tetap berkawan sampai bila­bila. Kawan sampai mati kan?” Betul kan apa aku cakap? Dah tu dulu apa yang kita orang janji.

“Yan, aku dah fikir masak­masak. Aku tak nak kita kawan sampai mati tapi aku nak kita ada hubungan yang boleh bawa kita sama­sama ke syurga. Ada hubungan yang halal.” Haikal berkata perlahan­lahan supaya aku paham. 

“Means?” soal aku balik. Ok, aku blur. Sesiapa, tolong paham kan aku. Kenapa nak hubungan yang halal pulak. Ke maksud dia sekarang ni yang dia tengah…… propose.. aku..? OMG!! 

“Aku nak kau jadi isteri aku la sayang oii” dan Haikal kenyit mata. 
Ya Allah! Serious ke ni wei? Lempang aku sekarang! 

“Jangan nak buat lawak ye Encik Haikal. Kau sedar tak apa yang kau cakap sekarang?” soal aku tak puas hati. Jangan la maian­main wei. Soal hati dan perasaan kot. 

“Aku dah lama sedar Yan. Sejak kita berkawan lagi, tak nampak ke yang aku ni sayang dekat kau?” soal Haikal tak puas hati. 

“Aku ingat kau sayang aku macam adik.” 

Haikal dah keluarkan kotak baldu kecil. Aku macam tahu je apa dekat dalam tu. Serious ke ni wei aku kene propose? Oleh Haikal pulak tu. Kawan baik aku? 

“Aku tak nak kau bagi jawapan sekarang Yan. Kalau kau setuju, masa hantar aku kat airport nanti, datang lah and make sure kau pakai ni. Kalau kau tak datang and tak pakai, aku faham. Hati tak boleh di paksa.” Tak ada nada sedih ke nada happy. Mendatar je dia cakap. 

“Dah makan­makan. Habiskan semua ni. Kau yang nak aku belanja kan?” 

Makan malam tu diteruskan lagi dengan suasana gelak ketawa. Dia tutup terus case tadi. Mesti dia tak nak aku selesa kan. Well, haikal aku memang cool. Eh kejap, haikal kau? Perasan sangat kau ni Yan. 

Lepas dia hantar aku sampai depan kolej, dia siap cakap pukul berapa flight dia luse karang. 
Dan aku naik ke bilik dengan muka biasa. Aku baru je jejakkan kaki selangkah, Tina dah serbu aku macam anak gajah ok! Sangat lah tak sopan Tina ni. 

“Mak cik! Baik kau cerita dekat aku apa dah jadi tadi. Amboi kau, keluar makan dengan Haikal senyap­senyap je ea. Takde­takde, cerita sekarang!” arahnya macam dia pulak mak aku. Hishh, mak aku pon tak bising lah. 

“Well…” kataku melambatkan bicara. Saja je nak bagi Tina ni suspen. 

“Cepatlah Yan. Aku punyalah tunggu kau balik semata­mata nak dengar kau cerita. Kau saja kan dengki,” amboi Tina ni dah merajuk pulak. Muncung dah sedepa dah tuh. Kalau aku ambil penyangkut baju sekarang and sangkut dekat muncung dia tu, agak­agak dia terjun bangunan tak dapat member macam aku ni? Hehehehe. 

Ok jahat sangat aku ni. Perlahan­lahan aku keluarkan kotak baldu kecil yang Haikal bagi tadi. “Guess what honey?” 

“Like seriously mamat tu propose kau Yan? Oh My God! Yan?” tak menyempatlah mak cik ni. Aku tak habis cerita lagi dia dah sibuk tanya itu ini. 

“Sabarlah wei. Aku tak habis cerita lagikan. Hishhh.” 

“Memanglah dia propose aku tapi aku tak terima lagi and dia bagi aku masa untuk fikir. So, aku belum terima lagilah kan. Dan kita orang tak declare apa­apa pun lagi.” 

“Gila kau Yan. Punyalah jelas yang si Haikal tu sayang dekat kau. Kau boleh main tarik tali lagi dengan dia? Macamlah aku tak tahu dalam hati kau tu, Yan oii. Baik kau terima sekarang yan. Ishh, tak puas hati betul aku ni.” Nampak tak kalau Tina ni membebel kalah mak aku. Dia pulak yang lebih­lebih. 

“Memanglah aku tahu dia sayang aku and aku tak cakap pun kan yang aku tak sayang dia,” balas aku dekat Tina. 

“So, sampai bila kau orang nak jadi kawan? Ish tak paham aku dengan kau ni Yan.” Soalan Tina tu aku balas dengan angkat bahu. 

Aku pun tak tahu sampai bila. Haha 
“Dah, aku malas nak layan kau. Yang penting kalau kahwin nanti tak jemput aku, memanglah aku kasi gegar rumah kau.” 
Hahaha. Itu lawak Tina. Dan Tina terus berlalu keluar. 

Aku dah lama tahu nak buat apa Tina. Aku seorang je yang tahu. 

“Haikal sayang, dah pukul berapa dah ni? Karang terlepas flight pulak.” 

“Kejap mama. Haikal tengah tunggu someone ni.” Balas Haikal resah. ‘Mana Yan ni? Takkan dia tak nak datang?” soalnya dalam hati. 

Gila tak risau. Satu berita dari Yan pun dia tak terima. Terima ke tidak Yan ni? Bagilah dia berlapang dada sikit nak pergi overseas ni. 

Mama dan Papa Haikal hanya memandang. 

“Haikal, dah panggilan terakhir tu. Dah pergi cepat.,” gesa mama. Haikal dengan berat hati melangkah masuk ke balai. Yan tak terima ke? 

“MUHAMMAD HAIKAL BIN DATO’ JAAFAR!” tiba­tiba ada satu suara nyaring yang memanggilnya. Yan….. terus haikal berpaling memandang Yan yang sedang kelelahan kerana berlari. 

Yan dah tak kisah dengan mata­mata yang memandang. Ini semua roommate dia punya pasal. Dah dia terlambat. Dengan taxi satu. Haihhh. 

Haikal sepeti menanti bicara Yan yang seterusnya. “Haikal, aku tak boleh…” lirih Yan bersuara sambil menghulurkan kotak baldu yang diberinya hari tu. “Yan, kenapa?” ok, Haikal macam dah nak menangis. Bukan jawapan ini yang diharapkan. 

“Sebab…” perlahan Yan bersuara. “Aku nak kau serahkan cincin ni 4 tahun lagi lepas kau balik Malaysia. Masa tu baru aku tahu yang kau betul­betul sayang aku,” sambung Yan sambil mengenyitkan mata.

“Ya Allah Yan, aku dah risau takut kau cakap yang kau tak boleh terima aku sebab kau dah ada orang lain.” 
“So, kita still kawan kan?” Soal Yan kembali. 

“Sampai bila­bila,” sambung Haikal dengan senyuman yang bahagia. Sekurang­kurangnya dia tahu yang Yan akan tunggu dia. 4 tahun je Yan. 

4 tahun kemudian… 

Haikal kembali ke Malaysia dengan seribu harapan. Dia tak pernah melupakan Yan termasuk janji mereka setelah dia pulang ke Malaysia. Apatah lagi dah dekat dua bulan Yan hilang khabar berita. 

Kembalinya haikal ke Malaysia langsung tak diberitahu kepada keluarganya termasuk Yan. Orang pertama yang dia ingin buat surprise adalah untuk Yan. Dan sekarang dia sedang menuju ke rumah Yan di Johor. 

Tapi setibanya dia dihadapan rumah Yan, apa yang dia nampak sekarang adalah sebah majlis perkahwinan yang meriah. Luluh hatinya. 

‘Ya Allah, Yan dah kahwin ke? Patutlah dia hilang khabar berita daripada Yan.’ Luluh hati Haikal dengan apa yang dilihatnya. 

Dia nak masuk tapi takut untuk bertemu Yan. Macam mana kalau Yan cakap tak kenal dia? Tiba­tiba dia Nampak kelibat pengantin lelaki menuju ke arahnya. Haikal dah nak lari masuk ke kereta tetapi sempat ditahan oleh pengantin tersebut. 
Haikal pandang lelaki tu atas bawah. Apa lebihnya lelaki ni berbanding dia? Kenapa Yan sanggup lukakan hati dia? 

“Ini kawan Ana kan?” soal lelaki tersebut. 

“Hah, Ana? Siapa Ana?” soal Haikal kembali. 

“Ana!” jerit lelaki tersebut ke satu arah. Dan kelibat seorang perempuan datang. 
‘Yan!’ jerit hati Haikal. ‘Eh tapi kenapa Yan tak pakai baju pengantin?’ 

“Along! Mak cari lah. Apa pengantin jalan sampai sini. Tak senonoh punya abang.” Marah Yan kepada Alongnya. 
“dan…” sambungnya kembali sambil memandang wajah lelaki yang bersama abangnya. 

“Ya Allah Haikal! Bila kau balik Malaysia? Dah berapa lama kau sampai rumah aku ni?” soal nya tanpa henti kepada Haikal. Mahu tak terkejut tengok Haikal berada di hadapan rumahnya sedangkan dia ingat yang Haikal masih di Australia. 
“Along rasa kau orang kene berbincang ni. Haikal dah nak lari balik rumah sebab ingatkan kau yang kahwin dik,” kata Along nya sambil tergelak­-gelak. 
Dan yang si Haikal dah tersipu malu. Nampak sangat ke? 
“Ni kawan adik la Along,” Yan kenalkan Haikal kepada Alongnya. 

“Sampai bila nak mengaku yang kau orang ni kawan? Dah jom masuk,” kata Alongnya geram sambil mengheret dua ekor melaun yang tak habis­habis cakap kawan. Padahal dah sayang macam apa. 

“Perhatian­perhatian!” Bicara Along kepada tetamu yang berada di dalam rumah dan kebanyakan mereka adalah terdiri daripada saudara­-maranya. 

“Apa Along nak buat ni?” Soal Yan geram. Along jangan nak ngada­ngada. 
“Tetamu­tetamu sekalian dan terutamanya Ibu dan Ayah, adik ada benda nak cakap dekat semua ni,” kata Along sambil menolak Yan ke depan. 

“Along giler apa?” Soal Yan geram. Agak lah kalau nak cakap yang aku ada pakwe pon bukan sekarang. 
“Kalau adik tak nak cakap, biar along cakap. Semua, adik sebenarnya…” 

“MAK, AYAH. ADIK SEBENARNYA NAK KAHWIN!” sumpah sekali nafas je Yan cakap. Sebelum abangnya cakap yang bukan­bukan. Baik dia cakap dulu.

 Semua orang yang mulanya tercengang ketawa beramai­ramai. Mesti dia orang baru dapat cerna apa yang aku cakap. Ya Allah, malunya aku. Anak dara apa ni cakap nak kahwin depan orang ramai. Haikal dah tersenyum bahagia. 

“Oh, ini lah calon menantu mak yang seterusnya ye dik?” Soal ibu dan ayah yang sudah datang kepada kami. 
Haikal pula terus bersalaman dengan mereka. 

“Eh Yan, aku tak bagi pun cincin dekat kau lagi,” gurau Haikal. 
‘Ok, buat lah perangai Encik Haikal, tak lawak ok. Aku dah lah tengah malu ni.’ Gumamku dalam hati. 
“Ana..” panggil Haikal perlahan. 

Bila Yan pusing je, dah Nampak Haikal sedang menunduk dan menghulurkan cincin yang pernah diberi kepadanya dahulu. 
“Kita kahwin Ana.. PLEASE,” rayunya kepada Yan yang muka dah masam sebab gurauannya tadi. 

Semua orang dah gelak dengan reaksi mukanya yang terkejut sebab Haikal propose dia dihadapan saudara­maranya. 

Tapi Along yang ambil cincin tu sambil cakap “Ya, Ana terima,” dengan gaya suara perempuan. “Along!” marahku sambil ambil cincin tersebut. 

“Ala adik ni. Dah terima pun susah nak cakap. Ok, confirm ibu, ayah lepas ni adik kahwin,” “Tapi Encik Haikal, don’t you dare to call me Ana again. Sound weird lah.” 

“Nope cik Ana. Yan is for friend but Ana for my wife to be. It’s cute lah sayang,” kata Haikal sambil mengenyit mata. 

Semua orang dalam rumah tu ketawa bahagia melihat telatah kami semua. Termasuk Haikal yang ketawa sambil memandang tepat ke muka aku. ‘ok, malu ok.’ P/S: I’m a new here. So if anything wants to complaint, just do it. I’ll be okay
»» Readmore

Kisah Tauladan Buat Semua

Kisah ni aku dapat dalam FB, kisah yg menyentuh hati.. Rata-rata ramai yang komen negatif!

"Aikk... Hari-hari dengar azan pun xtahu??"
"Islam ke dia ni??"
"Hey..benda simple pun x tahu??"
"Xkan xsekolah dulu??"
"Mak bapak x ajar??"

Kita manusia! Ya kita didik dari kecil kehidupan sebagai seorang Islam!... Tapi berapa ramai yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan?? Masuk alam remaja, jiwa remaja memberontak nak kan kebebasan... Bila di suruh solat, kita pergi toilet, basahkan tangan sikit, kaki sikit, cuci muka n basahkan jambul... Kemudian masuk bilik dan tido... Perkara ini berlarutan sehingga alam belajar di University... Bila masuk alam pekerjaan, tinggal berasingan dengan keluarga, azan/iqamat/solat/Al-Quran semakin dilupakan.... Tup, tup eh nak kawen dah.... Maka bermulalah episod kita menipu sekeliling, tipu mertua, tipu isteri yang kita sebenarnya ada juga solatnya... Tapi ujian sebagai seorang lelaki muslim yang dah lama lupakan agama timbul ketika kelahiran anak pertamanya... Apa?? Perlu azan???

Percayalah, ada manusia begini... Jika tahu azan, mungkin dia lupa cara baca Al-Fatihah... Jika dia pandai baca Al-Fatihah, mungkin dia x hafal surah lazim... Apatah lagi segala bacaan ketika rukuk, sujud, dan sebagainya??

Mungkin kita pernah belajar, tapi kita tidak amalkan, maka terlupalah semuanya... Xmengapa, belajar lah dari saat anda baca post ni... Jika terasa beban, belajarlah kerana akan malu jika terkena situasi begini... Perlahan-lahan kita akan tahu, dari kita mula buat sebab malu, akhirnya kita buat kerana Allah! kenapa saya xkatakan dengan "buatlah kerana kita malu dengan Allah??" Sebab, bila kita dah tersasar jauh, Kita pun akan lupa siapa Allah!

Nak berubah itu mungkin sukar, tapi nak terus Istiqomah lagi sukar! Tapi percayalah, Allah akan bantu jika kita berusaha mendekatinya... Susah?? Tidak sebenarnya... Caranya sama macam kita nak basuh periuk nasi yang penuh dengan kerak yang hangus... Kalau kita jirus air, bubuh sabun dan terus gosok periuk nasi tu, mau 18jam x bersih2... Cara mudah, kita rendam dalam air malam ni, esok balik kerja kerak dah kembang, boleh lah cuci dengan senang... Sama juga dengan hati/jiwa/diri kita... Lembutkan hati dulu, kemudian semuanya akan mudah!

Bila nak mulakan?? Mulakan bila anda tahu lepas habis baca post ini nyawa anda mungkin akan ditarik dan semuanya dah xbermakna! Sebab apa, kita xtahu bila Allah nak tarik nyawa kita... Tapi kita tahu, Allah beri kita kehidupan selepas selesai baca post ini untuk kita berubah ke arah kebaikan! Berubah ke arah menjadi seorang Mulim/Muslimah sejati! Kembalilah kepada jalan yang lurus...! Jangan ditunggu nafsu duniawi hilang baru terfikir wujudnya Pencipta kita...

Untuk apa kita hidup hari ini?? Adakah untuk meneruskan maksiat semalam??



Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami. Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan tadi tatkala melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit badannya di depan mataku sendiri.

Alhamdulillah. Syukur yang tak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi mereda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.“Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau.”

Bergenang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat nangis, cepat marah, asyik nak pitam pening kepala. Tuhan sajalah yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.Kami bernikah tahun lepas. Terus BUNTING pelamin.

Suamiku orang biasa saja. Bukan ‘suamiku ustaz’ bagai tu semua. Taklah kaya. Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian saja. Tudung pun tak betul lagi. Suamiku kata, ‘nanti awak dah ready, pakailah betul-betul.’ Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar dari rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.

Jururawat dah selesai mencuci bersih anak kami, berbungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkannya kepada kami.Doktor pun sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.

Mertuaku dan ayah mak dah ada di sisi. Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua, happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga kami. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.“Azankanlah di telinga budak tu.”Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.“Kena azan ke?” Suami bertanya. “Wajib eh?”

Doktor lelaki yang ada di situ mencelah.“Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan. ”Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit”.

Suamiku terdiam seketika.Dalam 10 minit dia diam. Ibu bapaku dah rasa pelik. Dah kenapa pula dengan menantunya itu.Tiba-tiba suamiku itu menangis. Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.“Maafkan abah. Abah tak pandai nak azan. Sungguh, abah tak reti.”

Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun, tenang saja. Mentuaku nampak seakan dah tahu.

“Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi, sebenarnya abah tak pergi pun.Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu.Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan abah. Maafkan abah.”

Suamiku itu terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.

“Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya." Suamiku itu meminta maaf dengan parentsku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku itu tak pernah macam hari ni.

“Takpe. Biar ayah saja azankan. Tapi, janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman berkeluarga. Dekatkan diri dengan Allah. Kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada Syurga Allah.Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari Syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik ke kampung yang satu lagi tu."

Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahnya. Berjanji akan berubah sepenuh hati.

Menangis-nangis menyesal dan insaf.Syukur. Anak yang baru lahir itu adalah pencetus hidayah Allah kepada suami dan aku sendiri.Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada si isteri yang kena merubah suami.Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihan-Nya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.
»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...