Sunday, June 28, 2015

TRICK OPERA MINI CELCOM CGI TERBARU 2015




sila ikuti cara-caranya dgn betul...

1. download opera mod CELCOM di sini Download

2. set ip :80.239.242.253:80 = global-4-lvs-seele.opera-mini.net

3. restart fon.

selamat mencuba....


»» Readmore

Thursday, June 25, 2015

Aku Lelaki Macho



Nama Pena: Domi Nisa

“Fiz, ada orang kirim salam!”sergah rakan sekerja Hafiz si Amri, lalu melabuh duduknya di hadapan Hafiz.

“ Hrmm, iyalah?” jawab Hafiz malas.

“Kau ni punyalah ramai awek-awek cun minat kat kau, boleh kau buat der, je? Hairan aku,”

“Buat apa awek ramai bro kalau kita inginkan isteri setia seperti Khadijah, secantik Zulaikha, sebijak Siti Aisyah, setabah Siti Fatimah,” tempelak Hafiz berfalsafah sambil memperbetulkan kedudukannya agar lebih selesa sedikit.

“Wah! Dah mula nak ceramah agama ke? Bagus betul didikan kak Hanan ni, boleh melahirkan seorang perintis ilmuwan Islam di masa hadapan kelak,” sakan Amri tersengih-sengih.

“Aku tak layak menjadi seperti dia, Am. Ilmuku hanya senipis kulit bawang tambahan pula sejak dia tinggalkan aku, aku sudah lupa segala ajarannya padaku,” sayu saja suara Hafiz.

“Kau ni memang! Tapi tak pelah, asalkan namanya sentiasa tersebut dibibirmukan? Hahaha….” Amri ketawa besar, suka sangat dia melihat hidung si hafiz mengembang bangga bila nama kak angkatnya itu dikaitkan dengan diri si sahabatnya itu.

“Itu semestinya, hanya namanya di sudut hatiku dari dulu hinggalah sekarang.”

“Angau betul kau ni, dia nak ke dekat kau yang kaki lepak di kedai kopi bukannya kaki masjid,” ejek Amri lagi sebelum berlalu meninggalkan Hafiz yang masih tersengih seorang diri mengenangkan kakak angkatnya itu.

“Mak tolonglah kawanku sudah terpingin mahu memperisterikan ustazah Hanan Imani, ni!”

Nyanyian dari rakannya yang sudah beberapa langkah keluar dari kedai itu masih didengari oleh cuping telinganya, sebuah senyuman terbit dibibir, hatinya juga turut mekar berbunga.

“Kakak Hanan, bilakah kakak mahu pulang ke Malaysia?”Hafiz di sini sentiasa menanti akak.”

*****

“Assalamualaikum mak cik,”

Wa’alaikumussalam, ya Allah Hanan 5 tahun tinggal Malaysia akhirnya kau balik juga ya, nak,” balas mak kepada Hafiz yang juga merupakan mak angkat Hanan.

Hanan membalas dengan senyuman manis berserta mengucup lembut tangan si tua itu sebelum bersuara kembali

“ Eh, mana Hafiz mak cik? Dah lama tak tengok dia,”

“Hmm.. terasa berat pulak mak cik nak bagitahu kamu tentang perangai Hafiz sekarang ni… Hanan, Hafiz dah jauh melencong, mak cik harap dengan kepulangan Hanan kali ini dapat mengubah Hafiz kembali,” keluh orang tua si Hafiz mengenangkan sikap anaknya yang sudah jauh berubah.

“Maksud mak cik?” soal Hanan dengan keliru, sambil berjalan beriringan dengan mak angkatnya untuk melabuh duduk di kerusi rotan.

“Sejak kamu tinggalkan Malaysia, dia semakin liar. Solat dan puasa memang liat nak tunaikan apatah lagi nak belajar, mak cik dan pak cik dah habis berikhtiar untuk menasihati dia, dia degil tak mahu dengar cakap kami. Kami tahu, dia akan dengar cakap kamu saja. Kamu ibarat kakaknya dari kecil lagi dia membesar bersama kamu ketika kami sibuk mencari rezeki, kami harap kamu dapat kembalikan dirinya yang sebenar.”

Hanan tergamam dalam hatinya dia beristighfar panjang. Dia memang tidak menjangka sepeninggalannya ke Mesir telah memberi impak yang cukup berkesan dalam hidup adik angkatnya itu. ‘Kalau kesan yang baik tak pe jugak, ni tak?’

“Mak! malam ni orang balik lewat tau,” laung Hafiz bila kakinya menjejak ke dalam rumah tanpa menoleh pada tetamu yang hadir itu.

“Elok sangatlah tu, malam-malam jumaat nak jadi kutu rayap bukannya nak ke masjid buat solat-solat tahajjud ke lagi bagus,”

“Assalamualaikum adik,”

Hanan memberi salam sebaik saja dia menoleh pada Hafiz, sebuah tersenyum terukir dibibrinya, lembut. Hafiz tercengang seketika, matanya sedikit mengecil cuba mengecam wajah tetamu itu.

Kak Hanan! seru Hafiz teruja, hatinya berdegup kencang bagaikan nak rak bila wajah gadis pujaannya itu menerjah dikornea matanya.

“Sihat dik?” tanya Hanan bila mak angkatnya sudah beredar ke dapur.

“Sihat kak. Hrmm, akak pulak macamana? 5 tahun tinggalkan Malaysia pasti banyak perkara yang hendak dikongsikan dengan Hafiz kan?” suara Hafiz, riang. Dia mengambil tempat di hadapan kakak angkatnya itu. Dalam hatinya satu perasaan getar mula terbit bila mata bertentang mata, tapi cepat-cepat disepak terajang keluar.

Hanan tergelak sopan, wajah adik angkatnya yang kian berubah mengikut usia dipandang lembut. Dalam hatinya dia sangat kecewa dengan sikap Hafiz yang sudah banyak berubah, berambut terpacak tinggi ibarat menara Petronas, berpakaian menampakkan susuk tubuhnya yang sasa itu, tidak seperti dulu lagi. Dia juga tertanya-tanya ke mana hilangnya didikan agama yang diterapkan pada adik angkatnya pada ketika dahulu?

“Adik, akak ada dengar macam-macam cerita yang tak elok tentang adik, betul ke?”

Hafiz tersengih, dalam hatinya dia menyalahkan kakak angkatnya itu, kerana pergi meninggalkannya terlalu lama sampaikan dia jadi begini.

“Ni mesti adik dah lupa nasihat-nasihat yang akak bagi dahulu, kan? Kalau macam ni adik memang tak macholah!” usik Hanan diselangi dengan tawanya.

“Hey, mana ada? Kalau akak nak tau, ramai aweks tergila-gilakan adik sebab wajah adik yang macho ni, tau,” jawab Hafiz membela dirinya dengan bangga.

“Hmmm, no!no!no!” protes Hanan sambil mengerakkan jari telunjukknya ke kiri dan kanan tanda dia tidak bersetuju.

“Machonya seorang lelaki bukan terletak pada ketampanan raut wajahnya tapi pada solat 5 waktunya yang cukup sempurna, tidak kira di mana dia berada,”

“Itu adik tahulah kak sejak dulu lagi akak asyik cakap benda ni, tapi sejak akak pergi adik rasa malas nak buat, sebab tak de orang nak nasihatkan adik,”adu Hafiz, suara manja.

“Adik…, takkan nak akak ketuk kepala adik selalu, baru adik nak buat perkara-perkara yang wajib adik lakukan,”

“Tapi kalau akak jadi isteri adik nanti, pasti adik akan jadi baik! Tak perlu disuruh adik akan segera lakukan dengan senang hati,” gurau Hafiz namun hatinya berdoa agar kakak angkatnya itu mengerti akan perasaannya ini.

“Hmm, adik ni ngada-ngada tau!”

*************************

2 bulan Hanan dikampung membuatkan Hafiz semakin seronok. Setiap hari dia akan pastikan solatnya dilakukan di masjid, segala hutang solat dan puasanya sedang dia berusaha mengqadakannya. Dia benar-benar bertekad akan berubah demi mendapatkan cinta dari kakak angkatnya itu.

Selesai dari solat zohor di masjid Hafiz sengaja singgah di rumah kak angkatnya kerana ingin berkongsi masalah disamping ingin berjumpa mata dengan buah hatinya itu.

“Kak hanan, kenapa ramai-ramai tadi?” soal Hafiz pelik bila punggungnya mencapai wakaf yang terletak dihadapan rumah Hanan.

“Err..takde apa-apalah Hafiz.” Hanan seolah cuba menyembunyikan sesuatu dari adik angkatnya itu.

“Laa, Hanan kau tak bagitahu Hafiz ke, yang kau dah bertunang?” sampuk ibu Hanan seketika sebelum berlalu naik ke rumah.

“Bertunang?” Suara Hafiz berlahan, hatinya dipagut sedih, kecewa dan terkilan kerana niat untuk memiliki kakak angkatnya itu hancur berkecai.

“Hafiz?” Panggil Hanan bila melihat Hafiz kelihatan tercengang.

“Eh! Tahniah kak,” ujar Hafiz cuba memaniskan wajahnya. Hanan pula tersenyum bahagia.

Sejak balik dari rumah kak angkatnya tempoh hari, Hafiz banyak termenung memikirkan kenapa Hanan tidak nampak akan perasaan cintanya itu. Dia sangat kecewa, dia sangkakan dia telah berubah, kak angkatnya akan suka padanya tapi ternyata tidak! Sudah pening otaknya berfikir kenapa cintanya tidak berbalas, apakah perlu dia berterus terang saja?

Asyik dia mengeluh, dia teringat kata-kata Amri tadi tentang tawaran kerja di Melaka. Dia berfikir sejenak sebelum mencari kelibat maknya di dapur.

“Mak, Fiz rasa nak tukar anginlah, Fiz ingat nak kerja di Melaka pulak,” suara Hafiz pada maknya di dapur yang sibuk mengacau air teh untuk minum petang buat mereka sekeluarga setelah mendapatkan maknya.

“Hah! Yang tiba-tiba ni kenapa? Hmm mak tak kesah asalkan Fiz suka sudah, mak akan restu Fiz, tak kira Fiz di mana,”

“Nak tambah pengalaman, hujung minggu ni Fiz akan bertolak ke sana ya, mak,”

“Apa-apa jelah.”

Jawapan dari maknya telah memberi satu kebebasan padanya, kebebasan untuk terbang jauh dari orang yang dipujanya, menghilang sementara waktu untuk merawat parut dihati yang entah akan pulih atau pun tidak.

“Maafkan Hafiz, kak. Hafiz terpaksa pergi dari sini tanpa pengetahuan akak, memandangkan tiada guna Hafiz di sini kalau akak tidak dapat Hafiz miliki,” rintih Hafiz dalam sendu lenanya.

**********

“Ya Allah aku sangat menyintainya, salahkah aku menyintainya? Kenapa Engkau mengujiku sedemikian rupa? Aku sungguh terseksa menanggung rindu pada orang yang tak sudi,” rintih Hafiz dalam doanya. Selepas solat tadi dia masih beri’tikaf di masjid seorang diri memandangkan perutnya masih lagi tidak lapar. Dia mahu mencari ketenangan di rumah Allah. Dia mahu mengadu domba pada yang Esa.

“Assalamualaikum, adik sorang ke?”

Hafiz yang baru selesai berdoa lantas mendongak pada suara yang menegurnya tadi, sesaat kemudian dia mengangguk perlahan.

“Abang rasa adik bukan asal sini, kan? Sejak semalam lagi abang tengok adik duduk di masjid ni, kenapa?”

“Aah, saya dari Kedah bang, semalam saya baru mula kerja di sini, rumah sewa pun belum ada lagi jadi saya tumpang tidur di masjid dulu,”jawab Hafiz jujur.

“Ooo, patutlah,”

“Abang, ustaz yang bagi tazkirah tadi, kan?” soal Hafiz

“Aah,tak payah berustaz-ustaz panggil je, abang Asrul, mesra sikit,” balas Asrul dengan senyuman manis dibibir.

“Terima kasih bang,”

“Macam tu lah, sama-sama. Hmm, memandangkan adik tak de tempat tinggal, apa kata adik tumpang rumah abang buat sementara waktu? Lagipun rumah abang ada banyak bilik kosong, semua adik beradik abang tinggal di rumah sendiri,”

“Boleh ke bang? Takut menyusahkan pulak,”

“Tak pe, kalau takut menyusah sangat, bayar sewa tiap-tiap bulan habis kes.”

Mereka ketawa serentak.

Sebulan menjadi penyewa di rumah Asrul, merapatkan lagi perhubungan Hafiz dengan keluarga Asrul. Hafiz sangat suka bergaul dengan lelaki itu memandang Asrul seorang mudah didamping bersesuaian dengan gelaran ustaz padanya, keluarga Asrul pun sama, sangat baik terhadap dirinya itu.

“Betul ke abang, haram kita meminang seorang perempuan yang sudah dipinang lelaki yang lain?” tanya Hafiz pada Asrul masa mereka berjalan bersama-sama mahu pulang ke rumah.

Asrul memandang Hafiz dengan tenang sebelum menjawab persoalan itu.

“Memang menjadi dasar dalam Islam tidak membenarkan peminangan ke atas wanita yang sudah bertunang kerana boleh mencetus perang dunia ke tiga antara ke dua lelaki, berdasarkan hadis dari Ibn Umar berkata melalui Rasulullah saw ada berbunyi: “Nabi melarang, seorang lelaki meminang wanita yang sudah dipinang hinggalah peminang asal meninggalkannya atau mengizinkannya..” (Riwayat Bukhari hadis no.4848). Bila dilihat pada hadis itu memang haramlah seseorang lelaki masuk line bila ada seorang lelaki lain sudah pinang gadis itu kecuali lelaki itu mengizinkannya, ingatnya Fiz jangan cuba nak gatal-gatal merebut pulak takut nanti gadis itu dahlah tak dapat lepas tu, nyawa pulak yang melayang, tak gitu,” jelas Asrul diselangi gurauan.

“Kenapa tanya, ada terlintas nak berebut tunangan, orang ke? usik Asrul lagi bila tawa mereka reda, mengundang kegugupan dalam hati Hafiz seketika.

“Er.. sebenarnya…”

“Cakaplah Fiz, abang tahu Hafiz ada masalah cuma segan nak bagitahu, abang kan?”

Hafiz menundukkan pandangannya.

“Ya bang, saya ada minat dekat sesorang yang telah menjaga saya sejak dari kecik lagi. Dia sangat baik dengan saya, bila dia tinggalkan Malaysia, saya sedih dan kecewa. Saya balas kesedihan saya dengan menghanyutkan diri dengan dunia keremajaan, bila dia kembali ke sini saya sangat gembira dan sanggup berubah kerana saya mahu miliki dia bang,” cerita Hafiz bersungguh-sungguh dengan suara sekejap tinggi sekejap perlahan.

“ Hafiz, tak baik kalau kita berubah kerana seorang perempuan…” nasihat Asrul berhemat dikhuatir Hafiz akan tersinggung.

… tapi kalau Hafiz betulkan niat Hafiz sikit insya-Allah akan dapat pahala. Macam nilah, biar abang terangkan dengan lebih jelas lagi, Hafiz harus beriktikad bahawa wanita yang Hafiz cintai itu diutuskan oleh Allah untuk merubah Hafiz agar lebih dekatkan diri kepada Allah ataupun wanita itu merupakan wasilah untuk Hafiz lebih rapat lagi dengan Allah, hah! itu baru betul,”

“Betul ke bang?”

“Ya dik. Ingatlah bahawa Allah ada bersama kita tidak kira kita suka dan berduka, Dia sangat sayang kita sebab itu Dia terus menguji kita agar kita sentiasa mengadu dan berdoa padaNya, Dia juga sangat cintakan Hafiz sebab itulah Dia tak mahu Hafiz terus tersimpang pada jalan yang salah,”

“Abang, kalau kita tak banyak ilmu agama, tak layakkah kita berkahwin dengan dengan wanita yang solehah,” soal Hafiz lagi

“Hahaha Hafiz, Hafiz jodoh, ajal maut, rezeki kita semuanya diatur dengan eloknya oleh Allah. Kita sebagai hamba perlu taatiNya selagi kita bernyawa. Kenapa Dia mengurniakan kita akal? Kerana Dia mahu kita belajar mengenalNya, Dia juga mahu kita menilai mana yang buruk dan juga mana yang baik. Hrmm, siapa yang buat Hafiz tergila-gila sampai tahap begitu, boleh tak abang nak kenal dengan wanita itu? Nanti abang nak jumpa dia dan nak bagitahunya yang dia betul-betul wanita hebat sampai Hafiz boleh berubah disebabkan dia,”

“Dia merupakan kakak angkat saya bang, dia 5 tahun tua dari saya dan dia tak pernah tahu yang saya menyintainya secara diam. Saya malu untuk nyatakan saya cinta dia sebab saya tahu saya ni jahil. Kerana dia jugalah saya sampai ke sini,”

“Siapa namanya dan asal usulnya?”

“Kami dari negeri dan kampung yang sama, namanya Hanan, Hanan Imani,”

“Hanan Imani?” suara Asrul perlahan.

“Ya, Hanan Imani binti Hj Daus. Kenapa abang kenal dia ke?”

“Tak delah, nama pun sedap pasti tuannya pun cantikkan?”

“Cantik bang, bukan setakat cantik, sopan dan lembut setiap bicaranya, dari kecil lagi dialah sentiasa menjaga Hafiz, dia yang ajar Hafiz mengaji, solat puasa dan sebagainya. Itulah membuatkan Hafiz sayang dan terlalu sayang padanya,”

“Hati Hafiz berdengup kencang setiap kali melihatnya, dulu memang Hafiz bodoh tentang perasaan itu, sekarang Hafiz sudah cukup matang untuk mengenali perasaan itu. Bila Hafiz ingin meluahkan perasaan itu, Kak Hanan sudah disunting, alangkah kecewa Hafiz,”

“Owh patutlah tanya tentang wanita yang sudah dipinang, rupanya terkena batang hidung sendiri, Hafiz, Hafiz. Jangan risau ya, dik, Insya Allah kalau dah tertulis jodoh Fiz dengan dia, dia pasti milik Hafiz, percayalah cakap abang.”

*******

Hanan Imani menggeletar seluruh badan dan jantungnya berdegup kencang meniti saat-saat dirinya bakal diijabkalbu dengan kekasih hati yang sama-sama belajar di Mesir, perkenalan yang singkat bakal menyatukan mereka selepas solat isyak nanti. Setengah jam lagi dirinya mahu bertukar status, hatinya diuji dengan merindui sang kekasih tapi ditahan hati yang merindui itu dari menghubungi bakal suaminya. Dia sendiri aneh dengan sikapnya selalunya dia tak bukan begitu, apakah kata-kata dari bakal suaminya tiga hari yang lalu betul-betul membuatkan dia meroyan begini? Berat otaknya berfikir tentang itu.

“Hanan, sekiranya abang tak sempat hadir ke majlis itu, bermakna abang mungkin bukan jodoh Hanan dan abang harap Hanan setuju siapa-siapa yang gantikan abang, mungkin dia yang menyintai Hanan terlalu lama dari abang, maka Allah memakbulkan doanya agar jodoh Hanan dengannya.”

“Ya Allah, minta-minta dia bergurau saja. Tapi siapa yang dimaksud oleh abang?” Hanan berteka-teki sendiri sambil merenung cincin pertunangannya itu. Lama matanya jatuh pada sebentuk cincin emas hantaran masa majlis pertunangannya dulu, kadang-kadang dia mengeluarkan cincin itu dari jari kadang-kadang dia memasukkanya semula. Bila saat dia mahu memasukkan kembali cincin ke jarinya dia tersalah arah cincin di jarinya terluncut dan jatuh tergolek ke bawah.

“Ya Allah abang!” saat itu juga hati Hanan berdebar kuat, hatinya tidak enak, dia bagaikan dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku pada tunanganya.

“Mak cik! Mak Cik rombongan pengantin lelaki datang, tapi… “

“Tapi apa?” soal ibu Hanan.

“Pengantin lelaki, kamalangan jalan raya.”

“Ya Allah! Hanan….”

“Allahuakbar!” Hanan memekup mukanya, menahan air mata dari keluar, majlis perkahwinannya akan bertukar menjadi majlis kematian. Patutlah tunangnya mengusik begitu, rupa-rupanya itulah amanat terakhir darinya.

“Jangan risau, anak angkat saya akan gantikan pengantin lelaki suara bapa kepada pengantin lelaki sebaik saja melangkah masuk ke masjid itu.

“Hafiz!” Jerit ibu Hanan mengejutkan seluruh tetamu. Mak dan ayah Hafiz yang turut berada di majlis itu terus menerpa dan memeluk erat anak bongsunya itu

Hanan lantas menoleh bila ibunya menyebut nama Hafiz, air mata kesedihan bertukar menjadi kegembiraan kerana adik angkatnya yang lama menghilangkan diri muncul tiba-tiba pada majlis perkahwinannya yang bakal musnah.

“Hafiz, akhirnya Hafiz pulang jugak, dah lama akak menanti kepulangan adik, tapi sayang adik pulang masa majlis… Hanan tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya dengan suara tersendu.

“Kak hanan?” Hafiz mengerutkan dahinya. Dia betul terperanjat bila melihat kak angkatnya yang siap berpakaian pengantin ada dalam majlis perkahwinan abang angkatnya itu. Otaknya mula berligat memikirkan sesuatu.

“Tak mungkin bakal isteri abang Asrul adalah….”

“Hanan, Hafiz bakal suamimu nanti,” suara ibu Hanan.

“Hah?”

Hafiz dan Hanan sama-sama tercengang.

*****

“Abang, termenung apa tu? Nah air kopi kosong pekat yang minta tadi,” tegur Hanan sambil menghulurkan cawan kepada suaminya. Memandangkan keadaannya sudah berbadan dua, dia dengan berhati-hati mengambil tempat di sisi suaminya.

Hafiz tersenyum lalu menyambut cawan yang bawa oleh isterinya itu.

“Tak delah sayang, abang teringatkan abang Asrul. Abang berterima kasih sangat-sangat pada dia yang banyak membantu abang untuk mendekatikan diri abang pada Allah dan sekaligus dia menghadiahkan abang seorang isteri yang solehah dengan izinNya,”

“Abang memang tak pernah duga dia yang selama ini tempat abang mengadu, tempat abang meluah perasaan rindu dan sayang kepada sayang rupa-rupanya bakal suami sayang.”

“Macamana abang boleh setuju nak kahwin dengan bakal isteri dia sedangkan abang tak kenal dia?” Hanan sengaja menduga suaminya.

“Abang sebenarnya tak ingin tunaikanpermintaan dia, sebab dalam hati abang masih ada saying, masa mula-mula dia suruh abang gantikan tempat dia sekiranya dia tiada, abang hanya tergelak sangkakan dia bergurau. Bila dia kemalangan abang terus ke hospital dan masa itulah dia bersungguh-sungguh meminta abang pergi ke majlis itu, dia cakap kalau abang tak pergi abang akan menyesal seumur hidup kerana Allah akan memberikan sesuatu yang amat berharga buat abang di majlis itu. Abang cuba rasionalkan balik kata-kata abang Asrul dan abang jugak ada terfikir mungkin jodoh abang dengan sayang tak mungkin bersatu tapi rupa-rupanya kita memang berjodohkan?” jelas Hafiz sambil memicit lembut hidung isterinya itu.

Hanan mengangguk bahagia. “Terima kasih bang, sebab sudi menerima saya,” ucap Hanan lembut.

Hafiz membalas dengan pelukan erat, ubun-ubun kakak angkatnya merangkap isterinya kita dikucup lama.

“Tak sangkakan bang, selama ini saya tak pernah anggap abang lebih dari adik angkat dan tak pernah terfikir nak bersuamikan lelaki yang muda dari saya,” ujar Hanan setelah beberapa minit mereka menyepi tanpa suara.

“Sayang je, yang tak pernah nak perasaan, abang ni dah lama tergila-gilakan sayang. Sejak abang masih kecik lagi, tau,” balas Hafiz seraya mengeratkan lagi pelukkan itu.

“Macamana nak perasan, sebab abang tu budak-budak!”bidas Hanan dengan tawa tersembur keluar.

“Amboi budak-budak? Yang dalam perut tu, kerja siapa? Kerja orang yang sayang anggap budak-budak nilah!” balas Hafiz sambil menggeletek pinggang isterinya itu.

“Haha, nakal tau! Akak pukulkan?” usik Hanan sambil membetulkan kedudukannya. Perut yang memboyot amat tidak selesa kalau duduknya tidak kena.

“Aik? Kakak? Sayang awak tu dah jadi isteri abang dah, selamanya akan jadi isteri abang dengan izinNya. Jangan nak paggil adik-adik, abang tak suka dengar!” Rajuk Hafiz berpura-pura.

“Baiklah abang Hafiz sayang,”balas Hanan lalu menyandarkan kepalanya di dada bidang Hafiz kembali sambil memicit hidung suaminya.

“Abang…, ingat tak, kata-kata sayang dulu, tentang kemacholan seorang lelaki? Sayang terharu sangat sebab, akhirnya abang berjaya menepati ciri-ciri itu, tidak pernah tinggal solat 5 waktu tidak tinggal tidak kira dimana dia berada. Ingat tak bang?”

“Tak akan lah abang lupa! Tapi bagi abang itu untuk lelaki lain, bagi abang solat cukup 5 waktu dengan wudhuknya elok, menunjukkan kemanisan nur yang akan memancarkan wajah abang di akhirat sana.”

Mereka tergelak bersama. Dalam hati, Hafiz berdoa agar rumah tangga yang baru dibina 7 bulan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia, bila kita mendapat cintanya maka kita akan kecapi cinta hambaNya~ Domi Nisa~

Frasa kata

beri’tikaf~ berdiam diri di masjid( berzikir atau beribadat kepada Allah) biasanya dilakukan pada bulan ramadhan perlu diniat i’tikaf dahulu baru dapat pahala i’tikaf.

Iktikad~ pegangan/ niat.

Wasilah~ perantaraan.
»» Readmore
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...